1

46.2K 1.1K 42
                                    

Kereta Axia berwarna putih meluru masuk ke perkarangan rumah sewa satu tingkat apabila pintu pagar elektronik di buka menggunakan alat kawalan jauh. Langit petang sudah menunjukkan sisi garangnya menandakan hujan lebat akan turun membasahi bumi. Haira memejamkan matanya seketika sambil kepalanya tersandar di kepala kerusi setelah brek kereta ditarik.

"Penat betul hari ini. Mentang-mentang lah hari ini hari terakhir aku kerja kat Tealive tu, semua orang ambil kesempatan. Sebagai bekalan untuk rindu-rinduan nanti katanya. Ugh." Haira membuka tali pinggang keledar dan menutup air-cond sebelum dia mematikan enjin keretanya.

"Eh, lagu favorite aku. Tunggu jap lah. Kita lepak-lepak dulu."

Perbuatan Haira untuk mematikan enjin keretanya terbantut apabila lagu kegemarannya menyapa ruang pendengarannya. Bila tah dapat jumpa Justin Bieber ni. Asyik dengar lagu dia saja ish.

Haira menerobos keluar daripada perut kereta lalu keretanya dikunci. Dia mengatur langkah ke arah pintu rumah dan mengeluarkan kunci rumah dari dalam beg silangnya.

Selangkah sahaja dia menapak ke dalam rumahnya, telefon bimbitnya menjerit nyaring untuk di angkat.

Haira tersenyum nipis tatkala merenung skrin Iphone 13 nya. "Assalamualaikum, Batrisya ku sayang. Ya, kenapa tu cik adik?"

Batrisya, satu-satunya sepupu yang dia ada sejak dia kecil lagi. Senang cerita, dari tadika kemas hingga ke alam universiti,memang macam belangkas. Umur pulak sama. Memang padanlah kalau dilabel cousin bestie.

"Ya, aku tau lah yang esok kau nak tunang. Esok aku datang lah rumah kau. Sabar lah nyah."

Usai sahaja berbual ringkas dengan sepupu kesayangannya itu, terbit keluhan kecil dari bibirnya. Satu-satu sepupunya itu sudah mahu bertunang dan mungkin akan ke alam perkahwinan. Sunyi lah kehidupan dia selepas ini. Siapa nak ajak shopping-shopping,lepak mamak?

Haira membuka tudungnya lalu dicampakkan ke dalam bakul kain lalu mengorak langkah ke arah katil bujangnya itu. Tidak mandi tidak apa, dia terus rebahkan dirinya ke atas katil dan mencapai cow plushie lalu memeluknya erat sebelum matanya di pejam rapat.Haira memang macam ini. Mungkin dek kerana penat, katil sudah menjadi tumpuan utama di dalam fikirannya.

Sedang lena dibuai mimpi petang,Haira mengeliat kecil apabila tidurnya diganggu oleh notifikasi telefonnya yang bertalu-talu berbunyi untuk menarik perhatian pemiliknya. Dia membuka matanya lalu mencapai telefonnya yang terletak di atas meja lampu di sebelah katilnya.

AKIF

- Sorry you. Hi sayang saya. Dah makan?

-I busy gila sayang. Sorry :(

- Semester break ni kan I buat kerja part-time. Sorry kalau I ignore you sayang. Ini semua demi you, lepas habis belajar kan I dah janji nak halalkan you kan?

Haira mengeluh kecil lalu dia bangun dari perbaringannya. Badannya disandarkan di kepala katil. "Aku hantar chat ni kelmarin tau, petang macam ni baru nak balas. After two days I've been waiting? Nasib baiklah aku sayang kau tau Akif, kalau tak dah lama aku suruh Kim Taehyung masuk minang aku."  Berangan tu kan free? Teruskanlah berangan wahai si Haira.

Haira mula menaip sesuatu di skrin telefonnya dengan keluhan yang kecil.

"It's okay Akif. Esok Haira pergi rumah Batrisya. Dia nak tunang dah. Takpelah kalau Akif busy, kita jumpa kat uni jelah nanti eh? Love you:3

Bluetick, last seen at 5:45 p.m

Bapak ar, bluetick sial. Tak guna betul.

Haira berdecit dan menghempas telefonnya di atas tilam dengan kasar. Ikutkan hati,mahu saja dia melemparkannya di atas lantai, tetapi baru dia teringat bahawa dia memakai telefon Iphone 13. Meraung kang tak pasal-pasal. Dah lah dia kumpul duit gajinya nak beli telefon idamannya itu.

"Daripada aku tunggu kau reply,baik aku pergi mandi lepastu solat Asar. Tidak elok lambat-lambat kan solat, nanti apa kita doa pada Allah akan lambat dimakbulkan." Haira mengeluh kecil sambil mengayun-ayunkan kakinya di tepi katil.

"Haira, kau kena banyak bersabar dengan manusia macam ni. Biasalah tu. Just follow the flow,Haira. At the end, you will find your answer of your prayer.Kalau betullah Akif untuk kau, maknanya dia memang untuk kau. Biasalah tu, dugaan sikit-sikit. Kan Haira?" Dia bermonolog sendirian sambil berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

Usai mandi dan solat Asar, Haira termenung seketika di atas tikar sejadah. "Nak pakai baju apa eh esok? Nak order Shopee macam dah tak sempat sangat kan?"

Lah Haira ni, orang lepas solat doa. Dia boleh fikir baju apa nak pakai? Tapi perempuan memanglah, seminggu sebelum keluar memang dah decide baju apa nak pakai. Haha.

Dia membuka telekungnya dan disangkut di tepi almari lalu mengorak langkah ke arah almari berwarna merah jambu itu. Haira keluarkan sepasang demi sepasang baju kurung lalu dicampakkan di atas katil. Dia menongkat dagu sambil meneliti semua baju yang telah selamat menyepahkan bilik tidurnya saat ini. Dah macam bundle 2 ringgit dah.

" Baju ni aku dah pakai kat kenduri rumah Tok Som 2 tahun lepas. Ha baju biru ni pulak aku dah pakai masa majlis akikah anak Madam Yanti minggu lepas. Ish, semua ni aku dah pakai. Aku nak pakai baju apa?"

Biasalah perempuan, kalau baju itu baru dipakai sekali, sudah tidak akan pakai untuk kali kedua. Tidak hairanlah kenapa almari perempuan bagai mahu roboh akibat penuh dengan baju, Lepas itu merungut tiada baju. Itulah perempuan.

Haira mengeluh kecil sebelum matanya tertancap pada sepasang baju kurung berwarna kuning sulam di bahagian tangan dan hujung baju tersebut.

"Bila masa aku ada baju ni?"  Ha ini lah Haira. Dia yang beli, dia yang tidak ingat. Bangang ke?

Dia membawa bajunya ke badannya lalu berjalan ke arah cermin. Dia terpusing-pusing depan cermin itu macam orang gila. Berangan tak habis-habis.

"Lawa doh aku in yellow. Okay lah, pakai ni lah esok. OOTD lawa-lawa lepastu bagi kat Akif. Untung do Akif dapat girlfriend lawa macam aku ni." Lagi sekali, berangan itu free. Kaut je semua Haira.

"Boleh lah kot nak gosok baju sekarang. Nanti esok takut kelam kabut."

Dengan meninggalkan biliknya yang bersepah seperti bundle 2 ringgit itu, lalu berjalan ke arah bilik belakang untuk seterika baju. Sedang-sedang asyik menggosok baju sambil berjoget, tiba-tiba-

Pap!

"Ya allah. Kenapa black out pula ni.. Aku dah bayar bil api kot. " Dia meraba-raba dalam kegelapan yang samar-samar itu untuk mencari telefonnya yang terletak di atas meja kecil dalam bilik tersebut. Ya, kehidupan Haira di tanggung penuh oleh dirinya sendiri. Haira sangat berdikari orangnya. Layaklah untuk dijadikan isteri. Lah tiber sangat ni.

"Ni kalau tunggu lama lagi, nanti gelap. Takut pula aku. Pergi rumah opah lah. Nasib baiklah rumah opah dekat jugak dari sini. Lagipun dah lama aku tak jenguk opah. Boleh lah tumpang gosok baju kat sana sekali."

Dia bermonolog dalam kegelapan sebelum kunci keretanya dia capai.

Sekitar 20 minit memandu, Haira memakirkan keretanya di perkarangan rumah opahnya,Opah Salmah. Dahinya berkerut seribu apabila kakinya mahu melangkah masuk ke dalam rumah opahnya itu.

"Kasut Nike siapa pulak kat sini? Sejak dah lama aku tak jenguk dia, opah aku dah glow up ke? Dah start joging-joging ke? Berubah jadi hipster ke opah aku ni?" Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum salam diucapkan untuk menarik pendengaran opahnya dari dalam rumah.

_____________________________________

Thanks for reading! 🌼❤️

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now