17

18K 1.3K 151
                                        

Haira singgah di Watson mahu membeli barangnya. Tak tahu lah nak beli apa. Nanti cakap beli satu barang, tapi bayarnya satu plastik. So lantak kau lah beli apa Haira.

Usai membuat bayaran, dia berjalan-jalan sebentar di dalam Mall itu. Ala, window shopping gitu. Tengok-tengok je.

Setelah dah berjam-jam dia di dalam Mall itu, baru lah dia perasan. Telefonnya di dalam kereta. Dia bergegas menuruni eskalator lalu pergi ke tempat parkir.

Sedang dia menuju ke keretanya, terdapat kiosk-kiosk makanan menarik perhatiannya.

Lupakan perihal telefon, dia terus menukar arah untuk pergi ke kiosk-kiosk tersebut. Haira kan, makanan dan dia berpisah tiada.

Dia membeli ayam gunting, keropok lekor dan teh ais. Hampir penuh tangannya dengan plastik-plastik makanan. Tamak betul eh kau ni Haira.

Sedang dia membuat bayaran di kiosk terakhir, ada seorang orang tua lebih kurang pertengahan umur sedang membelek-belek duit di dalam dompetnya itu.

"Lah, isteri aku mengidam nak makan kek ni. Tapi aku tak ada cash." Bisik orang tua itu sendiri. Nampak macam orang kaya, kad di dalam dompetnya macam banyak. Macam-macam warna ada.Haha. Mungkin seorang businessman.

" Kak, bayar untuk Uncle ni sekali." Haira menghulurkan duit not RM50 kepada pekedai itu membuatkan orang tua itu tertoleh kepada arah Haira.

" Eh tak apa, dik. Simpan lah duit tu nanti-"

Haira tersenyum manis. " Tak apa Uncle, hari ni saya belanja. Doakan saya murah rezeki ya?"

Haira mengambil kek yang dibelinya tadi lalu berjalan ke arah keretanya. Lagi lama aku dekat sini, lagi banyak duit aku habis.

"Banyak betul eh beli. Bela hantu raya ke?"

Sapa satu suara garau di belakang gadis itu. Haira menoleh ke belakang dengan wajah yang terkejut.

Zaqwan Adyyan.

Dia memakai jeans hitam sweatshirt berwarna biru tua. Tak lupa juga topi yang di pakainya dengan cara backwards.

Okaylah, handsome.

Kenapa dia ada dekat sini? Kat kampus muka dia, dekat rumah opah muka dia, dekat sini pun muka dia. Penatlah macam ni.

"Awak ni suka saya eh? Ikut saya tak habis-habis." Perli Haira selamba.

Zaqwan tersenyum senget lalu memasukkan tangannya di dalam kocek seluar. Dia memandang ke wajah Haira yang jelas kebingungan itu.

"Kau ingat Mall ni bapak kau punya sampai aku tak boleh datang? Suka hati aku lah." Balas Zaqwan selamba.

Haira berdecit kecil. Menyampah gila cakap dengan mamat kerek ni. Rasa nak hempuk pakai kasut tinggi biar bocor kepala otak dia tu.

"Awak tak pergi dating dengan Batrisya ke?"

Yelah, orang lain mesti nak berkepit je dengan tunang mereka. Tapi dia tak, biar je Batrisya tu melayan diri sendiri. Batrisya cari lain baru tahu.

"Aku nak dating dengan kau." Balas Zaqwan selamba tanpa riak di wajahnya.

Eh dia ni kenapa?

Haira tersenyum senget lalu menoleh ke arah Zaqwan.

"Tak mahu saya dating dengan awak. Pergi ajak makcik jual keropok lekor tu dating. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Haira mengorak langkah ke parkir kereta tetapi langkahnya terhenti serta mata apabila Zaqwan menghalang jalannya.

Zaqwan tergelak kecil. "Seem likes someone already forgot for
what she have to pay."

Haira tercengang. Bayar apa?

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang