Daniel melihat Harraz Naufal dari atas hingga bawah dengan wajah yang bingung. Baju lelaki penuh dengan kotoran darah dan mukanya penuh lebam dan luka.
"Harraz, kau kenapa?"
"Ada orang nak jumpa dengan Zaqwan." Harraz tersenyum senget.
"Siapa?" Daniel soal kebingungan.
Harraz membuka pintu keretanya lalu menarik keluar seorang lelaki yang telah diikat kedua-dua belah tangannya dan mulutnya juga di lekatkan dengan pelekat.
Daniel berkerut dahi apabila melihat seorang lelaki yang tidak dikenalinya sedang berdiri di sebelah Harraz ketika ini. Rambutnya perang dan mukanya persis orang Barat.
"Kau bawa siapa ni?"
Harraz mengeluh kecil. "Danny, kalau ya pun, jemputlah dia masuk. Dia tak sabar nak jumpa Zack. Katanya Zack kawan lama dia tadika dulu."
Lelaki barat itu tidak mampu melarikan diri kerana Harraz sedang memegang bajunya erat. Dia hanya mampu menggeleng-geleng sebagai respons.
Daniel merenung ke arah Harraz dengan wajah yang bingung. Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya.
Orang dah lah tengah serabut pasal Haira dengan Zaqwan, dia pula boleh bawa balik orang entah siapa-siapa.
Harraz mengheret lelaki Barat itu ke dalam rumah Daniel lalu ditolak kasar sehingga terjatuh lelaki ke atas lantai dalam keadaan meniarap.
"Welcome to the hell, bitch." Harraz tersenyum bangga dalam senyuman senget. Kaca mata hitamnya dibuka lalu disangkut ke di poket baju kemejanya.
Zaqwan yang sedang diam dari tadi itu memalingkan mukanya ke arah Harraz dan Daniel yang sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Lelaki Barat yang tidak dikenalinya itu direnung dengan wajah yang bingung.
"Pahal ni?" Kata Zaqwan senada. Dia bangun dari duduknya lalu mengorak langkah ke arah Daniel dan Harraz.
Harraz menghamburkan ketawa kecil secara tiba-tiba lalu lelaki Barat yang terjatuh meniarap itu ditarik kasar untuk dia berdiri. Daniel dan Zaqwan hanya diam melihat perbuatan Harraz ketika ini.
Wajah Zaqwan dipandang. "Zack, dia nak jumpa kau. Aku dah cakap tak payah, tapi dia nak sangat jumpa kau. Rindu katanya."
Zaqwan berkerut dahi. Lelaki itu dipandang dari atas hingga bawah. Macam familiar, tapi disebabkan otaknya sedang serabut, tiada masa untuk terus berfikir siapakah dia.
"Siapa dia ni?" Zaqwan berkata dingin. Matanya tetap merenung ke arah lelaki barat itu.
Harraz merentap pelekat dari mulut lelaki itu dengan kasar. Lelaki itu tercungap-cungap mengambil nafas.
Harraz bercangkung di sebelah lelaki itu dan rambut lelaki itu ditarik kasar dalam senyum sengetnya sehingga mengerang kesakitan pemuda itu menahan sakit.
"Bro, abang Zack lupa lah kau siapa. Kau bagitahu lah nama kau siapa." Harraz berbisik di telinga lelaki itu. Lelaki itu jelas ketakutan. Anak matanya memandang Harraz, Daniel dan Zaqwan bersilih-ganti dalam keadaan yang takut-takut.
"Cakaplah bangsat!" Kepala lelaki itu disepak sehingga lelaki itu tertunduk semula ke lantai.
"Harraz, kau kenapa?" Soal Zaqwan dengan riak yang agak terkejut dan bingung. Daniel turut serta berkongsi riak yang sama ketika ini.
Harraz tergelak kecil. Diusap-usap semula rambut lelaki itu setelah ditarik kasar. "Sorry Zack, dia tak nak cakap nama dia siapa. Aku kesian takut kau tertunggu-tunggu. Sebab tu aku sepak kepala dia."
Harraz kembali berbisik ke telinga lelaki itu. Wajah yang senyum itu digantikan dengan wajah yang dingin."Cakap sebelum kau mati."
Lelaki itu mengangguk laju. "A-aku Mike."
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Fiksi RemajaKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...