19

15.8K 994 49
                                    

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan final untuk dirinya sebagai pelajar universiti dalam dunia degree setelah 3 tahun memerah otak.

Selepas ini, boleh Qada' tidur yang lama tak terganti itu.

Sebaik sahaja peperiksaan tamat, seperti yang dijanjikan di dalam grup Whatsapp, Haira, Akif, Batrisya, Zaqwan, Daniel dan Amy berkumpul di cafe bersama-sama sebelum masing-masing pulang ke rumah.

" Weh, sedar-sedar kita dah habis. Tunggu nak graduate je nanti." Kata Daniel sambil tersenyum riang menampakkan barisan giginya yang putih berseri itu.

Seronok betul exam habis.

"Itu pun kalau kau pass." Selit Zaqwan yang sejak dari tadi diam melihat skrin telefon pintarnya.

Dia ni kalau diam, diam sungguh. Kalau sekali bercakap, sakit hati betul. Baik kau diam jelah boboy.

Daniel menjeling matanya ke atas tanda menyampah. "Diam lah babi. Aku tak nak kawan kau." Rajuk Daniel sambil tangannya disilangkan ke dada dengan mulutnya yang muncung itu.

Mereka semua hanya ketawa melihat gelagat dua orang sepupu itu yang tak pernah nak elok perangai. Ada je benda yang nak digaduhkan.

"Lepas ni, kita janganlah lost contact. Don't end our friendship here." Haira memulakan perbicaraannya.

Kehidupan dia sebagai pelajar univerisiti ini akan sangat dia rindui. Lagi-lagi ada kawan seperti mereka.

Sangat seronok.

"Of course lah! Kita boleh lah pergi staycation or lepak-lepak sekali. Roger-roger je. Lagipun nanti masing-masing dah kahwin. Kecuali aku lah " Selit Amy dengan ketawa kecil. Memang dia je perempuan yang stay single dalam grup mereka.

Biasalah, orang cantik ni biasanya single haha.

"Kalau macam tu kau kahwin dengan aku jela." Daniel tersenyum gatal ke arah Amy.

Eh menyempat eh Daniel miang ni.

Amy mengecilkan matanya lalu memijak kasut Daniel di bawah meja itu sehingga dia termenjerit kecil.

Weh, kaki gajah ke ni.

"Haah kan, Amy. Kau dengan Daniel je yang single dekat sini. Apa salahnya." Batrisya menyelit.

Semua ketawa kecil kecuali Zaqwan yang ralit melihat skrin telefonnya. Apa yang dilihatnya dalam skrin telefon pun tak tahu lah.

Haira perhati je Zaqwan dari tadi. Diam tanpa riak. Seperti tidak berminat nak bergaul dengan mereka.

Entah-entah dia tak suka aku ada dekat sini?

"Kau pahal Batrisya, aku tarik rambut kau kang. Jangan sampai aku ambil Zaqwan kau eleh." Amy mencubit lengan Batrisya di sebelahnya.

"Ambik je Zaqwan dia Amy." Selit Akif mengusik sambil mata tepat memandang ke arah Batrisya.

Batrisya tersenyum manja. "Ish janganlah ambil Zaqwan aku. Nanti aku nak kahwin dengan siapa?"

Daniel hanya tersenyum sinis memandang talam dua muka itu.

Ni bukan talam dah, boleh dipanggil tray dua muka.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now