"Bunyi apa tu?" Soal Haira bingung. Kuat betul bunyi dentuman itu.
Zaqwan melangkah laju ke arah pintu serta-merta.
"Diri belakang aku." Haira ditolak untuk berdiri di belakangnya bimbang akan sesuatu yang tidak terduga akan terjadi.
Pintu perlahan-lahan di buka dengan penuh berhati-hati.
Tiada siapa.
Zaqwan mengeluh kecil dan membuang semua anggapan negatif di fikirannya jauh-jauh. Tidak mahu merungsingkan kepala.
Tetapi apabila Zaqwan ingin tutup semula pintu, matanya terpandang sebuah kotak kecil berwarna hitam yang terletak di tepi pintu itu.
Zaqwan mengambilnya dengan penuh berhati-hati dengan perasaan penuh bercampur baur. Otaknya ligat berfikir bagaimana orang yang menghantar kotak ini boleh masuk ke perkarangan rumahnya yang telah di kawal rapi.
Mata Zaqwan tertumpu pada kad ucapan yang dilekatkan di atas kotak tersebut yang bertulis
"Selamat pengantin baru."
Zaqwan membelek-belek seluruh kad itu dan ada sesuatu yang ditulis dengan tulisan berwarna merah di belakang kad tersebut.
"Take care of my last debt carefully before I end her life.Enjoy your precious time with her first. See you again, buddy."
Tiada nama penghantar.
Zaqwan mengetap rahangnya dan lidah ditolak ke dinding pipi. Urat lehernya jelas menegang menahan marah.
Haira juga turut terdiam. Perasaan takut mula menyelubungi gadis ini. Baju Zaqwan digenggam erat di dalam genggamannya.
Kotak itu dibuka. Terbuntang mata Haira apabila melihat isi di dalam kotak hitam itu.
"Kenapa ada gambar family Haira dengan family abang dalam ni?" Haira soal bingung.
Terdapat dua keping gambar keluarga mereka berdua. Gambar abah Haira dan abah Zaqwan di pangkah merah.
Hanya gambar Haira dibulatkan.
Kotak di belek lagi, ada lagi dua keping gambar terselit di dalam kotak itu.
Gambar Haira bersama Akif dan juga gambar Batrisya dan Zaqwan.
Tetapi hanya gambar Haira yang dibulatkan.
Ada juga tertulis sesuatu di belakang kepingan gambar tersebut.
"Sometimes, the good human shows the good side of them to trick their enemy. Beware."
"Saya tak ada hutang dengan siapa-siapa abang. Percaya lah. Keluarga Haira tak suka berhutang. Kalau ada pun kami cepat-cepat langsaikan macam Haira cakap dekat abang tadi. Demi Allah, Haira berani cakap keluarga Haira memang tak ada hutang yang belum diselesaikan. Kenapa ada orang nak buru Haira ni? Apa Haira dah buat?" Haira menahan sebak. Menahan rasa takut di dalam hatinya.
Zaqwan menarik nafas dalam-dalam. Dia yakin orang ini tidak memburu dirinya, tetapi memburu Haira.
Dadanya berombak kuat dalam mata yang terpejam. Genggaman penumbuknya di genggam kuat sehingga menimbulkan urat-urat hijau di lengan putihnya yang kekar itu.
Matanya mula memerah setiap kali dia membaca apa yang ditulis berulang kali.
Senyum senget terbit di wajahnya sebelum Haira yang terlihat ketakutan itu dibawa ke dakapannya.
"Kau tak akan apa-apa selagi aku ada. Dia mungkin belum kenal aku siapa. Sebab tu dia nak usik aku." Zaqwan mengoyakkan senyuman nipis di dalam kegusarannya.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Teen FictionKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...