12

15.6K 834 68
                                    

Orientasi pelajar berjalan dengan lancar sekali untuk 3 hari ini. Haira hanya terlibat sebagai fotografi pada hari pertama dan hari terakhir sahaja dalam program itu. Yelah, member pun nak masuk kelas jugak.

Pelbagai aktiviti yang diadakan kepada pelajar-pelajar bagi mereka mengenali dengan lebih lanjut tentang dunia universiti.

Haira tidak duduk setempat kerana tidak mahu tertinggal satu pun momen yang berlaku di dalam program tersebut. Semuanya disnap olehnya.Bagus budak ni,no wonder why lecturer like to take her as  a main photographer in the university.

Semasa pelajar diberikan rehat untuk solat Asar, Haira duduk seketika di belakang dewan. Maklumlah, lepas ini sudah mula majlis penutupan untuk Program Orientasi pelajar Diploma semester 1 setelah 3 hari berlangsung.

Dia membelek-belek telefon pintarnya sambil menyedut air kotak epal di tangannya itu. Sedang-sedang dia ralit bermain dengan telefon pintarnya, terdengar suara orang sedang bertengkar menerpa ruangan telinganya. Maklumlah, belakang dewan ketika ini agak sunyi. Hanya dia dan beberapa orang lecturer sahaja dekat situ.

" I taknak dia, I nak you! Faham tak?"

" I faham sayang, I pun nak you. Tapi kita sabar dulu okay? Janganlah menangis."

Haira menggelengkan kepalanya dan berkerut dahi seketika. Lama dia diam.

" Ish, tak akanlah. Budak-budak lain lah tu. Sakan sangat bercinta. Haih."

Dia mengeluh kecil dan mengabaikan suara orang yang sedang bertengkar itu lalu memasang semula earpodnya untuk kembali mendengar lagu Justin Bieber kesayangannya itu.

Malas nak ambil tahu hal orang. Nak gaduh ke nak perang ke nak bertumbuk ke suka hatilah. Jangan tumbuk aku sudah.

Seketika kemudian, pengurus majlis datang ke arahnya membuatkan dia berdiri menghadap pengurus majlis itu.

" Okay Haira, lepas ini ada kita ada majlis penutupan. Awak standby ya? Ada wakil pelajar yang akan naik ke atas pentas nanti. You take the picture from all angle okay? Take a very nice picture. It's important for us to put it in the UITM memories record. Bukan senang nak ada wakil pelajar yang volunteer dalam beri ucapan ni."

Haira hanya mengangguk tanda faham. Dia menyarungkan kamera Nikon di lehernya lalu melangkah ke arah dewan semula.

Terlihat pelajar telah kembali ke tempat duduk masing-masing. Haira pun memulakan kerjanya. Snap sana snap sini.

Sedang dia berdiri di celah-celah pelajar itu, dia terdengar beberapa pelajar perempuan bergosip sesama sendiri. Haira mendekatkan diri dia sedikit sambil mengacah sedang membelek gambar di kamera Nikonnya.

Buat kerja biar clean, jangan sampai kantoi dengan gosip orang.

" Weh, dia ke wakil pelajar yang orang tu cakap tadi. Bapak ar."

" Weh helok siut! Smart gila nak mampus weh. Rambut dia ala-ala brush-up hairstyle gitu. Dah lah putih, hidung mancung, badan pun onz. Tapi sayang."

" Sayang apa?"

" Aku ada je selisih dengan dia tadi, aku tunduk dekat dia lepastu aku senyum lah. Harey betul, dia palau je. Malas aku."

" Serius ah weh! Ish muka dah handsome tapi- weh weh weh tu dia tu dia."

Haira tersentak sekejap setelah kusyuk dengar gossip orang tadi. Dia berkerut dahinya lagi sekali sambil tengok ke kiri dan ke kanan mencari seseorang. Teringin juga nak tahu siapa wakil pelajar yang di puji melambung gadis-gadis itu tadi.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now