59

13.1K 593 97
                                    

Sudah tiga hari Haira berkurung di dalam rumah. Badannya semakin susut akibat terlampau banyak menangis. Makanan pun dijamah sedikit cukup untuk mendapatkan tenaga untuk bayi.

"Abang, kenapa abang tak balik? Haira rindu abang. Tak nak pujuk Haira ke?"

Dalam termenung dia di beranda, perlahan-lahan air mata kerinduan mengalir ke pipinya.

Sekali-sekala suara gelak ketawa Zaqwan, suasana Zaqwan yang sering mengusik dirinya menerpa di ingatannya.

Hal ini membuatkan dirinya menginginkan Zaqwan ada di hadapan matanya sekarang. Dia merindui belaian suaminya.

Haira mengelus lembut perutnya yang kian membesar dari sehari ke sehari. "Betul lah papa dah tak sayang kita."

Sejak kejadian malam itu, Zaqwan tidak langsung bertanyakan khabar atau menghantar mesej ringkas di antara mereka.

Hilang begitu sahaja.

Haira mengelus lembut Horlicks di pangkuannya ketika ini. Perlahan-lahan air matanya turun lagi membasahi pipinya. "Horlicks, papa awak dah tak sayang mummy. Horlicks teman mummy ya?"

Sedang Haira termenung di beranda rumahnya, loceng rumah berbunyi menandakan ada seseorang yang berkunjung. Haira cepat-cepat membuka pintu, tetapi tiada orang.

Hanya ada adalah sejambak bunga Daisy. Haira menunduk perlahan-lahan mengambil bunga itu ke pangkuannya.

"I miss you."

Itulah yang tertulis pada kad itu. Haira mengoyakkan senyuman nipis dan membawa bunga itu ke hidungnya untuk dihidu kerana rongga hidungnya terbau sesuatu yang wangi daripada jambangan bunga itu.

Selepas beberapa detik dia menghidu bunga itu, dan-

Pap!

Perlahan-lahan penglihatan Haira semakin kabur dan gelap. Dia sudah tidak sedarkan diri.

_______________________________________

"Kau tak nak jenguk isteri kau ke Zack?" Soal Harraz prihatin. Dalam diam, dia sering melihat Zaqwan merenung gambar isterinya ditelefon pintarnya. Tetapi apabila Harraz atau Daniel mendekatinya, dia cepat-cepat berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sejak peristiwa malam itu berlaku, Zaqwan menghabiskan masa menenangkan fikiran di rumah Daniel buat sementara waktu. Mujurlah Daniel dan Harraz ada menemaninya.

"Tak apalah. Aku tak nak ganggu dia." Balas Zaqwan senada.

"Harraz, Daniel mana?" Topik ditukar.

"Zaqwan! Sini sekejap." Laung Daniel dari dalam biliknya membuatkan Zaqwan mengatur ke langkah ke biliknya serta-merta bersama Harraz.

"Kenapa?" Soal Harraz ingin tahu.

"Berita baik. Kita dah dapat location Akif. Aku yakin, dia mesti ada dekat sini sekarang."

Zaqwan tersenyum senget. "Jom. Aku dah tak boleh tunggu. Dia mesti mati."

Senyuman Daniel pudar serta-merta dan kembali bertukar serius. "Tapi ada berita buruk."

Mereka bertiga berbisik sesama sendiri dan masing-masing menunjukkan riak yang tidak sangka.

"Mikael masih hidup."

_______________________________________

Haira membuka mata perlahan-lahan sehingga kotak-kotak lama terlihat jelas di kornea matanya. Dia melihat sekeliling, sunyi dan usang. Lampu pun hidup segan mati tidak mahu.

Jelas seperti gudang lama.

Haira perlahan-lahan bangun dari perbaringan. Badannya terasa sakit-sakit.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now