6

15.9K 839 72
                                    

Haira berada di dapur mencari sesuatu yang boleh dimakan. Tiba-tiba dia rasa lapar pula petang-petang ini. Bangun tidur petang, terus lapar. Mana tak lapar, balik daripada kenduri pertunangan Batrisya, terus dia balik ke rumah. Malas mahu berjumpa siapa-siapa. Opah juga sampai sekarang tidak balik lagi. Opah Salmah kalau dapat jumpa kawan-kawan semarhabannya itu, memang lupa jalan rumah dah.

Dia membuka laci dapur dan dia jumpa sepaket tepung dan sebungkus yis. Dia tersenyum riang lalu mengeluarkannya dari laci itu. Bekas di ambil lalu meletakkan semua bahan-bahan itu di atas meja dapur. Apron dipakai dan diikat kemas.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi menerbitkan rasa gembira di wajah Haira ketika ini. Mana tak excitednya, boyfriend call. Laju sahaja dia slide skrin ke ikon hijau.

" Assalamualai-" Lembut sahaja suaranya. Tapi bukan kepitlah. Suara dia memang lembut. Kau pahal?

" Hello, you dekat mana? I dah tunggu depan hotel ni?" Akif bersuara dari seberang sana membuatkan Haira berkerut dahi. Hotel? Apahal kat hotel pulak? Ada buat makan-makan ke? Kenapa tak ajak dia?

" Er Assalamualaikum Akif, awak dekat mana?"

Diam sekejap. " Hello?"

"Ya allah saya silap nombor rupanya. Cinta, sorry saya ingatkan customer saya. Saya nak hantar Grab Food ni kat dia. Sorry cinta." Ya, Akif hanya meletakkan panggilan begitu sahaja. Sedikit sebanyak terbit rasa curiga dalam hati kecil Haira saat ini. Tetapi, Haira menepis segala overthinking yang telah menguasai mindanya sekarang. Sikit-sikit nak overthinking payah la. Akif sendiri tak pernah mencurigainya.

" Termenung je tahu." Haira tersentak tatkala suara garau menerpa ruangan pendengarannya. Zaqwan juga baru bangun dari tidur itu ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Rambutnya messy, tapi hot as always. Peluk kang. Eh maaf.

" Membuta je tahu." Balas Haira selamba.

" Muka kau terkejut betul tadi. Aku nak gelak, tapi tidak apa lah." Kata Zaqwan mendatar. Haira hanya menjeling matanya ke atas tanda menyampah. Gila tak terkejut, bila orang tanya ada girlfriend ke tak, senyap je. Know-know dah nak jadi suami orang.

" Diam lah. Eh awak tak pergi jogging ke petang-petang ni?" Tanya Haira ingin tahu. Zaqwan yang ingin melangkah semula ke atas itu terhenti langkahnya lalu menoleh ke arah Haira yang baru menuangkan tepung di dalam bekas. Zaqwan menarik kerusi dapur dan melabuhkan punggungnya. Dia hanya diam memerhatikan gerak-geri Haira yang ligat mengukur tepung di dalam bekas itu.

Haira memberhentikan gerak jari-jemarinya tatkala rasa seperti diperhatikan. Dia angkat kepalanya, noh rokiah! Dah Kenapa jantan ni duk pandang-pandang aku?

" Awak ni kenapa? Saya tanya, awak tak pergi jogging ke?" Haira bersuara setelah suasana bertukar seperti malaikat lalu sebentar tadi.

" Kau nak buat apa?" Tanya Zaqwan mendatar. Tanya pun macam nak makan orang. Cuba lah senyum sikit. Dah macam bapak singa hilang bini.

Haira mengangkat kepalanya untuk memandang wajah Zaqwan yang jelas sedang merenung dirinya. Haira mengalihkan pandangannya di tempat lain untuk mengelakkan jantung berdegup laju. Tak payah lah pandang-pandang macam tu, denyut jantungku bergetar terasa indahnya seakan dunia ini kita yang punya. Eh lagu.

" Buat donat." Jawab Haira sepatah.Zaqwan bangun dari duduknya dan bergerak ke arah sinki. Haira hanya merenung pelik ke arah Zaqwan. Dia nak buat apa? Setelah beberapa saat, kerusi dapur itu ditarik semula.

" Aku nak tolong." Zaqwan menarik semula kerusi dapur di hadapan tempat duduk Haira. Haira bertaut kening dek kerana bingung. Dah kenapa tiba-tiba mahu buat donat? Tiada kerja lain ke? Pergi lah lompat bintang ke, senamrobik ke apa petang-petang ni kan?

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now