Masuk ke hari ini, kira-kira sudah seminggu Haira terperuk di dalam rumah sejak kali terakhir dia berjumpa dengan Zaqwan hari itu.
Bukan lah apa, kalau Zaqwan ada duduk lepak rumah Opah Salmah ni, boleh lah jalan-jalan kampung petang-petang ke, main badminton ke apa.
Haira ada studio pengantinnya sendiri. Khas untuk pengantin yang mahu menggunakan khidmat jurugambar untuk hari perkahwinan mereka.
Macam itu lah rutin Haira setiap hari, pergi studio kemudian balik.
Boleh je Haira nak keluar seorang diri kalau bosan-bosan, Tetapi opah tidak izinkan. Nak tak nak, duduk je lah rumah.
" Manja Oo Manja! "
Tersentak lamunan gadis itu yang sedang bermain dengan kucing di belakang rumah tatkala suara opahnya yang nyaring itu melaungkan namanya.
" Ya opah!" Sahut Haira mengibas-ngibas seluarnya yang terasa kotor dengan tanah sebelum kaki melangkah ke dalam rumah melalui pintu belakang.
"Buat air, ada orang datang." Kata Opah Salmah yang sedang sibuk membetul-betulkan tudung kepalanya sebelum melangkah naik ke ruang tamu.
Haira berkerut dahi. " Siapa pula yang datang?" soal Haira ingin tahu.
"Ish buat air cepat. Kek pisang atas tu potong. Opah nak kena layan tetamu ni." Kata Opah sekali lalu dan meninggalkan Haira tanpa jawapan.
Haira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pun melangkah ke almari dapur untuk mencapai kek pisang seperti yang diarahkan oleh Opah Salmah sebentar tadi.
Setelah air teo panas dibancuh dan kek pisang dipotong kemas, dia mengorak langkah ke ruang tamu dengan menatang dulang itu.
"Assalamualaikum. eh Aunty? Uncle pun ada?" Haira menyapa dengan senyuman manis diukir di bibirnya lalu meletakkan dulang itu di atas meja. Air dituang ke dalam 3 cawan lalu diletakkan di hadapan tetamu.
"Kalau Haira nak tahu ,ni lah kawan baik arwah abah kamu. Tan Sri Mikael. Dan yang ni pula, mama Zaqwan. Anak angkat opah."
Haira mengangguk. Memang dia pernah terserempak dengan bapa tiri Zaqwan ini, tapi tak tahu pula dia merupakan sahabat baik arwah abahnya.
Memang arwah abahnya selalu tidak lekang menyebut nama Tan Sri Mikael dari mulutnya dahulu. Jadi, inilah orangnya.
"Aunty? Jumpa lagi kita ya?" Sapa Haira Kairina kepada Puan Sri Zakiah itu lalu tangan perempuan separuh umur itu disalam.
Dia pernah jumpa Puan Sri Zakiah sebelum ni dalam keadaan yang tidak diduga. Tidak sangka wanita ini adalah Mama Zaqwan.
Kecil betul dunia ni.
"Tak payah nak Tan Sri bagai la Mak, panggil Mikael aje." Senyum Tan Sri Mikael.
"Jemput minum uncle, aunty." Sapa Haira sebelum dirinya melangkah ke dapur semula.
"Eh Manja, duduk sini. Kita sembang sekali." Kata Opah sambil menarik tangan cucunya itu agar duduk disebelahnya.
"T-tapi dapur Haira tak kemas lagi lah opah." Kata Haira pula.
"Duduk sini." Kata Opah Salmah tegas membuatkan Haira termati langkahnya dan mengambil keputusan untuk duduk di ruang tamu itu.
Dah kenapa? Ada apa-apa nak bincang ke?
"Okay Zakiah, kita-" Percakapan Opah Salmah terhenti di tengah jalan apabila Puan Sri Zakiah menyelit dalam perbualan.
"Mak, Batrisya tak ada datang sini?" Soal Puan Sri Zakiah membuatkan Opah berkerut dahi.
ANDA SEDANG MEMBACA
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Teen FictionKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...
![ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]](https://img.wattpad.com/cover/318178400-64-k699832.jpg)