Haira membuka matanya perlahan-lahan apabila sinar matahari menerpa ruangan bilik itu.
Zaqwan sudah tiada di sebelah tempat tidurnya. Mungkin berada di dapur membuat sarapan pagi.
Perlahan-lahan dia melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Luka di lengannya masih terasa sakit. Mandi pun agak mengambil masa yang lama kerana risau akan terkena luka itu.
Setelah dia melangkah keluar daripada bilik air, dia ingin mencari di manakah dia meletakkan sepit rambutnya.
Semua laci dibuka sehinggalah ke laci yang terakhir. Dia mencapai sepit rambut Daisy yang dibeli oleh Zaqwan tempoh hari daripada laci tersebut tetapi tanpa sengaja dia tertarik sehelai kertas kecil sehingga kertas kecil itu terkeluar daripada laci itu.
Satu potret yang jatuh ke lantai itu diambil perlahan-lahan. Dia terdiam seketika apabila gambar itu diteliti dengan lama.
Potret seorang wanita yang berwajah sangat cantik. Rambutnya ikal mayang dan kurus.
"Siapa ni?" Potret itu dibelek-belek lagi dan badannya mengeras apabila dia terbaca tulisan di belakang potret tersebut.
"Zara, I'm sorry. I wish you can come back to me. I miss you damn much."
Klak!
Cepat-cepat Haira menyimpan potret itu semula apabila terdengar bunyi pintu dibilik di buka dari luar.
"Hey sayang. Dah mandi?" Tegur Zaqwan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik.
Haira menjawab pertanyaan itu dengan senyuman yang nipis lalu melangkah ke meja solek untuk menyikat rambutnya.
Sedang dia fokus meleraikan kusutan di rambutnya, secara tiba-tiba Zaqwan merampas sikat yang dipegang oleh Haira itu membuatkan Haira bingung dan terdiam.
"Dah tahu tangan tu sakit, bagi aku sikatkan. Tak payah nak tunjuk kau tu sihat depan aku." Bebel Zaqwan sambil tangannya ligat menyisir rambut ikal mayang gadis itu.
"Kejap lagi, kau buka baju." Kata Zaqwan senada sambil kakinya melangkah ke almari mengambil sesuatu.
"H-ha?" Soal Haira membuntang mata.
Zaqwan tergelak kecil melihat reaksi polos si isteri. "Aku nak cuci luka kau lah sayang. Kau fikir apa?"
Haira tergelak palsu. Otak mula berfikir ke tempat lain.
Astaghfirullah.
Haira keluar semula dari bilik air dengan hanya memakai singlet tetapi bahunya ditutup lagi dengan tuala mengelakkan tubuh badannya terdedah terlalu banyak.
"Duduk sini."
Zaqwan perlahan-lahan meletakkan ubat cuci luka di kapas yang telah diambil. Dengan penuh lemah lembut dia menyapu ubat luka tersebut di luka Haira.
"Kalau sakit bagitahu." Kata Zaqwan perlahan-lahan. Sesekali badan Haira yang putih itu ditenung kerana agak terdedah ketika ini.
Dia menelan air liur beberapa kali menahan rasa. Dia tak boleh tipu dirinya sebagai seorang lelaki.
Dia juga lelaki biasa. Lagi-lagi dia sudah beristeri. Tetapi, dirinya masih hormat akan isterinya yang masih belum bersedia.
Setelah lengan Haira dibalut kemas, dia mengusap lembut rambut Haira yang ikal mayang itu. "Kau nak makan tak?"
Haira menggeleng. "Haira tak lapar."
"Kalau kau lapar, panggil aku. Aku nak jumpa Daniel dekat bawah."
Haira mengangguk tanda faham. Senyuman nipis diberikan. Pelbagai persoalan terbit di mindanya apabila dia memandang wajah lelaki ini.
Tanpa balasan Haira terus merebahkan badannya di atas katil lalu selimut ditarik membelakangkan lelaki itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
JugendliteraturKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...
![ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]](https://img.wattpad.com/cover/318178400-64-k699832.jpg)