"Abang dah siap ke?" Tegur Haira yang baru keluar daripada bilik air itu apabila melihat Zaqwan yang sedang berdiri di hadapan cermin menyarungkan baju kemejanya.
"Almost." Balas Zaqwan senada sambil tangan ligat membutangkan baju kemejanya.
Tiba-tiba tangan Zaqwan yang sedang membutang baju kemeja itu terhenti tatkala tangan lembut Haira memegang tangannya. "Biar Haira yang buat."
Zaqwan membiarkan sahaja Haira membutangkan bajunya dari atas sehingga kebawah. Sekali-sekala Haira mencuri pandang suaminya. Tetapi dengan sepantas kilat Haira melarikan anak matanya ke tempat lain apabila terlihat Zaqwan sedang memandang ke arah wajahnya dalam senyum senget mahalnya itu.
Terkejut Haira seketika apabila dia berasa tangan kekar melingkari pinggang rampingnya ketika ini.
Zaqwan jelas sedang memandang ke wajah Haira tanpa riak sehingga gadis itu berasa tidak senang duduk.
Nak butang pun asyik tak masuk je. Ish!
"A-abang. Haira nak butang baju abang ni. Jangan lah pandang Haira macam tu." Kata Haira perlahan.
"Cantik." Hidung digeselkan di leher isterinya membuatkan Haira mengeliat geli lalu tubuh Zaqwan di tolak sedikit.
"Ish, abang ni. Pandang Haira. Haira nak butang baju yang dekat atas ni."
Zaqwan tergelak kecil lalu menegakkan badannya di hadapan isterinya itu.
"Abang, tunduk lah sikit." Haira berdecit kecil apabila Zaqwan sengaja menjengketkan dirinya membuatkan Haira susah untuk mencapai butang di bahagian atas kemeja itu.
Dah la tinggi, tak hormat betul Haira yang pendek ni ugh!
Zaqwan tetap dengan muka tanpa riaknya. Terpaksa lah Haira menjengketkan dirinya pula untuk menyamai ketinggian yang boleh mencapai butang bahagian atas kemeja itu.
Tanpa diduga, sebaik sahaja Haira menjengketkan dirinya, Zaqwan terus mengucup lembut bibir Haira itu sekilas membuatkan gadis itu terhenti kelakuannya.
Muka Haira meruap panas dan jantung mula membuat kerjanya dengan cepat.
"A-abang ni janganlah." Kata Haira perlahan sambil bibir itu dipegang malu. Pandangannya memandang ke tempat lain menahan debaran.
Zaqwan memang suka tiba-tiba. At least bagilah warning. Main redah je.
Zaqwan tergelak kecil melihat wajah isterinya yang mula merona kemerahan tanpa kata.
Haira hanya memilih untuk diam sambil tangannya ligat melipat lengan baju suaminya itu.
Zaqwan tidak melepaskan peluang untuk terus memandang wajah isterinya.
"Abang, dekat muka Haira ada apa-apa ke? Asyik pandang Haira je kenapa?"
Zaqwan tergelak kecil. "Saja."
Sepatah sahaja dia membalas. Matanya kekal memandang ke arah Haira.
"Okay, dah." Baju kemeja Zaqwan dikemas-kemaskan sebelum tubuhnya dijarakkan sedikit tetapi tangan Zaqwan lebih tangkas merangkul pinggang Haira kembali.
Haira memandang ke arah anak mata Zaqwan yang sedang memandang ke wajahnya itu. Jantungnya berdegup kencang apabila mata bertemu mata.
Zaqwan tersenyum nipis. "Haih, I am really obsessed with my own cutie wife."
Haira terdiam tanpa kata. Dia menahan sesuatu di dalam perutnya ketika ini. Dia cuba beriak biasa dengan mengukirkan senyuman nipis sebagai balasan menutupi debarannya yang kian membuak-buak. Mukanya pasti sedang merona kemerahan ketika ini.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Teen FictionKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...