34

16.1K 841 96
                                    

"Astaghfirullahalazim..." Haira beristighfar dalam menahan debaran yang mula menyempitkan pernafasannya di saat tiada cahaya yang terlihat di pandangan matanya.

Dia cuba sedaya upaya untuk mengawalnya sebaik mungkin. Dia menarik nafas dalam-dalam, dadanya diurut-urut menghilangkan rasa takut yang semakin menghantui dirinya.

Sudah sekian lama dia tidak merasakan debaran ini sejak Zaqwan selalu ada bersamanya.

Apabila kejadian yang tidak diundang ini merobek jiwanya sebentar tadi, peristiwa yang telah menghantui dia suatu ketika dahulu mula mengawal perasaan takutnya yang semakin membuak-buak dalam kegelapan.

Rasa tidak selamat.

Telefon pintarnya tiada bersamanya. Ini cukup merunsingkan fikirannya sekarang.

Dia bertekad bahawa dia tidak akan meminta pertolongan siapa-siapa.

Zaqwan tidak akan sama sekali.

Dia cuba mengawalnya seorang diri.

Sampai bila nak bergantung pada orang?

Sebelum kejadian ini berlaku, pelanggan lain sudah beransur-ansur pulang memandangkan sudah hampir larut malam.

Kemungkinan semua pelanggan telah keluar daripada restoran ini dan tinggal dia sahaja terpinga-pinga di dalam kegelapan seorang diri.

Dia cuba mengawal nafasnya yang semakin tidak teratur. Keadaan kini sangat gelap dan sunyi. Dia sendiri tidak tahu dia berdiri di mana sekarang.

Salah langkah mungkin akan jatuh atau terlanggar apa-apa yang boleh membahayakan diri memandangkan tadi mereka berdua berada di aras 2 restoran itu.

Haira duduk di lantai dan mula memeluk dirinya untuk bertenang. Air mata dikawal hebat daripada terus menghamburkan raungan yang sangat kuat.

Setelah lama ditahan, raungan takut dan raungan kecewa bercampur sekali dalam satu tangisan yang sama.

"Sampainya hati dia buat aku macam ni." Kata Haira dalam sebaknya.

"Semua orang sama." Haira memeluk dirinya sendiri dalam tangisan yang semakin hebat.

Sedang dia menangis, dia terdiam.

Tiba-tiba dia terdengar beberapa orang melangkah naik ke atas. Haira terus mencekup mulut dengan kedua belah tangannya daripada mengeluarkan apa-apa suara.

Dia berdiri perlahan-lahan ingin melangkah untuk mencari sesuatu yang boleh dipaut atau bersorok.

Langkahnya terhenti serta-merta apabila suara beberapa orang yang sedang berbisik sesama sendiri menerpa ruangan pendengarannya.

"Dia dekat mana?"

"Mana lah aku tahu."

"Kau letak sana benda tu. Letak elok-elok. Nanti tak jadi lah apa yang kita nak buat."

"Kau jaga sini, kau jaga sana."

" Mana perempuan tu?"

"Entah. Ala kau tunggu jelah sana. Aku tahu nak buat apa. Aku bagi isyarat kau terus buat apa yang kita plan tadi."

"Jangan bagi dia keluar daripada sini."

Tubuh Haira mula menggigil hebat. Air mata terus jatuh mencurah-curah tanpa henti.

Dia memejamkan matanya erat, tubuhnya seakan dipasung padat pada tanah. Tidak mampu untuk bergerak lagi. Dia kaku kerana perasaan takut mula menghantui dirinya hebat.

"Zaqwan..Where are you.." Haira berbisik perlahan dalam tangisan. Hanya nama itu yang keluar daripada suaranya tanpa dia sedar.

Jelas dia tak mampu untuk melawan perasaan takutnya sekarang. Dia rasa tidak selamat.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now