23

20K 896 72
                                        

Perjalanan di dalam kereta sangat sunyi sepi. Tiada perbualan yang timbul daripada mereka sejak dari tadi. Hanya alunan radio yang bergema di dalam kereta itu.

Haira hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tiada sebarang suara dari gadis ini.

Zaqwan memandang ke arah Haira dengan keluhan yang kecil.

"Kau okay?"Soalan yang dikemukakan oleh Zaqwan cukup membuatkan Haira mengalihkan pandangannya ke arah Zaqwan.

Haira menunjukkan senyumannya ke arah Zaqwan." Saya okay. Awak okay?"

Soalan dibalas soalan.

Zaqwan mengeluh kecil. Pandangan dilemparkan ke hadapan. "Nothing worry me, Haira. My question is for you. Are you okay?"

"Saya okay je." Jawab Haira dengan senyumannya. Tiada air mata langsung yang keluar.

Tetap tenang.

Zaqwan berdiam. Tiada lagi soalan yang diutarakan. Dua-dua kekal berdiam. Tiada dialog yang bertukar.

Setelah lama memandu, kereta menyusur masuk ke perkarangan pantai yang tenang.

"Jom." Zaqwan membuka tali pinggang keledarnya dan ingin menerobos keluar daripada perut kereta.

Haira berkerut dahi dan memandang sekeliling dari dalam kereta. Dah kenapa pula tiba-tiba nak ke pantai? Nak ajak naik bot ke. Eh janganlah.

"Kenapa kita dekat sini?" soal Haira. Sepatutnya Haira telah dihantar pulang oleh lelaki ini seperti selalu.

Tidak pernah petang-petang sebegini dia menghabiskan masa di pantai yang tenang terbentang ini.

Zaqwan mengeluh kecil."Stop talking. Let's go."

Haira teragak-agak turun dari kereta lalu pergi berjalan menghala ke pantai itu. Kasut dibuka dan kaki menapak di atas pasir yang putih bersih yang menjadi penghias pantai yang indah itu.

Disebabkan matahari sudah ingin tenggelam disebalik gunung, tiada pengunjung di situ.  Hanya bunyi ombak yang memenuhi ruangan bunyi. Langit yang kian menjingga mencantikkan lagi pemandangan sekeliling pantai.

Zaqwan memberhentikan langkahnya di bawah pohon kelapa yang tinggi. Biasan cahaya matahari yang kian menjingga terpantul di atas permukaan air pantai membuatkan bertambah cantik pemandangan pantai dari sini untuk di pandang.

"Duduk sini."

Zaqwan membuka jaket kelabu yang dipakainya lalu dibentang di atas pasir itu di sebelah kanannya.

Haira pula duduk di atas pasir beralaskan kasutnya.

"Aku suruh duduk sini." Jari telunjuk di halakan ke jaket yang telah dibentangnya itu sebelum dia melabuhkan punggung di atas pasir beralaskan kasutnya.

Haira melihat Zaqwan tanpa kedip. Dia pun bangun dari duduknya dan beralih tempat duduk yang telah beralaskan dengan jaket Zaqwan itu.

Ingatkan Zaqwan yang nak duduk situ.

Zaqwan melunjurkan kakinya lalu kedua belah tangannya di tongkatkan ke belakang sambil wajahnya memandang ke arah Haira.

"Wearing your smile to hide your pain is not valid if you are with me." Kata Zaqwan senada tanpa riak.

Haira menoleh ke arah Zaqwan dengan pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.

"Burst it. I know you can't hold it. Just consider me as a wall again." Zaqwan bersuara semula.

Haira tersenyum nipis dan menggeleng sebagai jawapan. "Saya okaylah Zaqwan. Nothing to burst it. I'm sure."

"Your silent is loud enough to tell how pain you are. Burst it. Jangan tipu aku." Kata Zaqwan serius. Tiada senyum di wajahnya.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang