Kereta Zaqwan menyusur masuk ke perkarangan restoran Secret Recipe di pekan. Keretanya di parkir berhadapan restoran itu memandangkan hanya disitu sahaja parkir yang kosong.
Tali pinggang keledar di buka dan wajah lelaki itu memandang Haira sebelum kakinya menerobos keluar.
"Aku nak jumpa girlfriend aku kejap. Kau nak turun tak? Boleh kenal-kenal dengan dia." Pelawa Zaqwan senada melihat Haira terjenguk-jenguk kepalanya memandang ke arah luar.
Mata Haira merenung ke arah seorang gadis yang sedang tersenyum melambai-lambai tangan ke arah Zaqwan yang baru sampai.
Nampak sangat dia sudah menunggu ketibaan Zaqwan untuk berjumpanya . Jelas excited di wajah gadis yang mirip seperti ada kacukan Itali itu.
Cantik sungguh. Mata bulat, putih melepak, hidung mancung pula tu.
Haira tersenyum nipis dan memberi gelengan sebagai jawapan. "Tak apa lah. Saya tunggu dalam kereta je. Awak pergilah jumpa dia."
Zaqwan mengangguk. "Okay. Aku sekejap je." Dia menerobos keluar lalu meninggalkan Haira di dalam kereta keseorangan.
Haira mengekori Zaqwan dengan anak matanya.
Zaqwan senyum hingga ke telinga apabila perempuan itu menyapanya.
Ceh, bila dengan dia, nak senyum pun susah.
Sedang elok memandang ke arah dua orang pasangan itu, fikiran Haira diterpa sesuatu.
"Aku takkan ada hubungan dengan siapa-siapa selagi aku tak jumpa jawapan aku."
Ayat Zaqwan yang selalu disebut oleh lelaki itu bermain di dalam fikirannya.
Agaknya perempuan itulah jawapan yang Zaqwan selalu sebut-sebut sebelum ni.
Chill Haira. Aku dengan dia kan kawan je? Lantak lah dia nak jumpa siapa pun kan? Tenang Haira tenang.
Mata Haira mengecil memandang ke arah dua orang itu yang sedang bergelak ketawa.
"Amboi seronoknya gelak. Eh, dengan aku nak dengar gelak pun susah." Bebel Haira sendirian.
Haira mengeluh kecil."Haih, patutlah Zaqwan terpaut hati dekat perempuan tu. Dah lah cantik, tinggi, seksi pun ya jugak. Sedar diri kau tu Haira, pretty always win."
"Tapi aku lagi lawalah haha." Tergelak Haira sendirian.
Biasalah, dah tak ada orang nak puji. Kita puji diri sendiri.
Haira sudah mula bosan tidak tahu mahu buat apa. Nak main telefon, nanti habis bateri. Lepas ni nak pergi tempat lain. Powerbank lupa bawa pula.
Jadi, dia hanya diam mendengar radio. Sempat lah berkaraoke dalam kereta beberapa buah lagu.
Jadi lah konsert express yang tak berbayar sementara tunggu lelaki itu masuk kereta.
Tidak lama kemudian, Zaqwan menerobos masuk ke dalam kereta.
Haira sudahpun terlelap dengan lena. Maklumlah, aircond pun sejuk, kerusi pun selesa. Apa lagi, tidur lah.
Terganggu tidur Haira apabila dia perasan ada seseorang sedang merenungnya.
Apa pandang-pandang ni? Tacod lah gini.
" Oh dah habis dating?" Tanya Haira dalam mengeliat kecil. Lena sangat tidur tadi, kalau dibiarkan memang sampai ke sudah tak bangun.
Zaqwan mengangguk kecil. "Dah, okay kau kena teman aku pergi mall je sekarang ni."
"Kenapa awak tak bawa dia? Saya boleh naik grab balik sendiri kalau awak nak bawa dia." Kata Haira selamba tanpa riak.
ANDA SEDANG MEMBACA
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Dla nastolatkówKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...
![ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]](https://img.wattpad.com/cover/318178400-64-k699832.jpg)