20

20.9K 929 51
                                        

Opah Salmah yang sedang menyiang ikan di dapur membuka earphone di telinganya tatkala mendengar bunyi enjin kereta di luar rumah. Dia terus membasuh tangan lalu berlari ke muka pintu dengan wajah yang gembira.

"Ya Allah, cucu aku dah balik!"

Zaqwan memakirkan keretanya di perkarangan rumah. Haira disebelahnya dikejut ringkas. Mujurlah Haira hanya tidur-tidur ayam, senanglah mahu kejutkan gadis itu.

Opah Salmah merenung ke arah Haira yang baru keluar daripada kereta itu dengan muka yang bingung. Pucat mukanya.

"Manja, kamu datang bulan ya?"

Soalan pertama yang ditujukan kepada cucunya itu. Sudah tahu sangat perangai cucunya luar dan dalam.

Haira tersengih manja lalu memeluk opahnya erat. " Biasalah Opah. Baru-baru memang Haira akan jadi lembik sikit. Hehe."

Opah Salmah menggelengkan kepalanya dan mengusap lembut kepala cucunya itu.

"Dah jom masuk." Zaqwan dan Haira mengangguk kecil lalu melangkah masuk dan menerobos masuk ke bilik masing-masing.

Selesai membersihkan diri, Haira rebahkan badan di katilnya. Badan dia sangat lenguh-lenguh. Pinggangnya macam mahu tercabut.

Sedang dia mengelamun memandang syiling, potret arwah abahnya yang terletak di atas meja lampu dipandang sekilas.

Haira mencapai potret itu dan tersenyum kecil. Di usap-usap lembut bingkai gambar itu.

" Abah, Haira rindu abah. Kenapa abah pergi cepat sangat. Kata nak tengok Haira habis belajar." Kata Haira dengan sayu. Dia sangat merindui abahnya. Dia adalah anak manja abahnya setelah ibunya meninggal dunia ketika dia berumur 15 tahun.

Sangat terasa kehilangan ibunya sehingga kini kerana tiada sebab yang jelas sebab tentang kematian ibunya.

Ada yang mengatakan bahawa ibunya sakit kanser, ada juga yang mengatakan ibunya mati dibunuh oleh seseorang dan ada juga mengatakan bahawa ibunya mati bunuh diri atas tekanan yang dilaluinya.

Ya, hubungan Haira dengan ibunya ketika masih hidup memang tidak serapat seperti hubungan Haira dengan abahnya. Tetapi, dia tetap menyayangi ibunya.

Tapi tak lama kemudian, dia letak semula potret abahnya itu dan bangun dari perbaringan.

Tudung sarung dicapai dan mengorak langkah ke muka pintu.

Datang sini nak jenguk opah, bukan nak duduk dalam bilik je kan?

Opah yang sedang menggoreng keropok lekor dipeluk belakang oleh Haira. Lama betul tak peluk opah dia yang gebu gebas ni.  Dia juga sudah habis belajar, jadi dia akan tinggal dengan opahnya setelah rumah sewa yang di sewanya di serahkan semula kepada pemiliknya.

" Manja, kamu nak apa?" Soal Opah Salmah kepada cucu perempuannya itu. Tiba-tiba je peluk orang.

Haira tersenyum nipis."Haira rindu abah."

Tersentak Opah Salmah dibuatnya. Bagai direntap hatinya kuat.Jarang sekali dia sebut perihal arwah abahnya.

"Kamu okay ke manja?" Soal Opah Salmah lembut.

Haira mula mencebik. Air mata telah bertakung di tubir matanya seperti tidak sabar untuk menuruni ke pipinya itu.

Tangisan mengisi ruangan dapur.

Opah Salmah mengaut gorengan terakhir yang tersisa di dalam kuali itu sebelum api ditutup. Dia memeluk cucunya yang sedang menangis itu di dakapannya.

Opahnya menyeka air mata cucunya itu lalu dahi Haira dikucup lembut.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang