13

16K 863 142
                                    

Zaqwan memakirkan kereta BMW 5 Seriesnya dia perkarangan rumah agam yang tersegam indah itu. Enjin kereta dimatikan lalu dirinya menerobos keluar dengan penuh gaya. Keluar kereta pun ada gaya. Penat lah macam ni.

Kasut Air Jordannya dibuka lalu pintu besar itu dibuka sebelum salam diberi.

" Assalamualaikum mama! orang dah balik! Mana mama ku sayang, di mana kamu~" Zaqwan melaung memanggil mama kesayangannya dari luar rumah. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah sambil matanya melilau mencari kelibat mamanya.

Tiada.

Jangan pelik, Zaqwan kalau di dunia luar, memang nampak seperti pembunuh bersiri. Muka nak senyum pun susah. Tapi tidak di rumah. Dialah anak manja mamanya. Manja sangat. Tersangatlah manja. Semut gigit pun mengadu macam ada orang nak bunuh dia.

" Eh boboy dah balik?" Sapa satu suara garau di belakangnya membuatkan Zaqwan menoleh ke arah suara itu.

" Kau panggil aku macam tu lagi sekali, kau mati." Kata Zaqwan dingin sambil menampar lengan lelaki itu.

Sesuka hati je panggil dia boboy. Mama dia sahaja yang dibenarkan sama sekali. Mama dia sahaja. Dasar boboy.

"Kau bila sampai?" Tanya Zaqwan  kepada lelaki itu iaitu sepupu lelakinya, Daniel.

Daniel memang selalu datang ke rumah keluarga Zaqwan untuk lepak-lepak dengannya. Main game, swimming, main bola dan macam-macam lagi. To make it short, mereka sangat rapat. Mandi pun kadang-kadang sekali je. Peduli apa, mandi je pun. Jangan fikir bukan-bukan ya. Mereka lurus.

Kadang-kadang Daniel ini macam orang yang tak ada rumah. Tak habis-habis datang rumah Zaqwan buat macam rumah sendiri. Dari mana dia masuk pun tak tahu. Sedar-sedar ada je dalam rumah mengangkang.

" Suka hati aku la boboy, ni bukan rumah kau. Ni rumah mama kau. Suka hati lah aku nak datang ke tak. Bising lah kau ni. Dasar boboy." Daniel mengunyah biskut di mulutnya. Feel sungguh dia makan. Sampai termuncung-muncung mulutnya. Macam tak pernah makan biskut je rupa.

Zaqwan membaling bantal petak di tepinya ke arah Daniel itu. Nasib baik lah sepupu, kalau tak dah lama aku daftar dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Remote TV di capai dari atas meja dan butang on ditekan. Zaqwan menyandarkan badannya di sofa yang empuk itu sambil kakinya di letakkan di atas meja kopi di hadapannya. Tangan sebelahnya diletakkan di kepala sofa.

Channel Television dicari satu persatu. Tiada apa yang menarik perhatian. Asyik ulang cerita yang sama je. Baik dia main fon. Boleh lah scroll tiktok ke apa.

Seketika kemudian, Daniel memulakan perbicaraan setelah lama mereka diam tidak bercakap. Yela, tak ada topik mahu dibicarakan dari tadi.

" Sorry lah bro, aku tak dapat datang majlis tunang kau. Aku busy mencari harta dunia." Daniel memicit pelipisnya sambil mata memandang ke arah Zaqwan yang sedang bermain dengan telefon pintarnya itu.

Zaqwan mengeluh kecil tanpa memandang ke arah Daniel yang sedang bercakap dengannya.

Senyum sinis terbit di bibirnya sebagai respon.

" Tak ajak kau pun."

Daniel tergelak kecil dan baling bantal petak ke arah Zaqwan. Tak guna betul.

" Sial punya boboy. Kau tunggu, nanti kalau aku kahwin, aku sekat nama kau daripada masuk majlis aku." Rajuk Daniel sambil tangannya di silangkan ke dada dengan mulut dimuncungkan.

Zaqwan angkat keningnya. " Siapa je nak kat kau?"

Daniel mengecilkan mata dan menunjukkan jari tengah ke arah Zaqwan yang jelas sedang senyum mengejek tu. Tak guna betul anak bodoh ni.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now