64-End

29.1K 815 131
                                        

"Claw, till we meet again."

Zaqwan menyimpan pedang samurainya di dalam peti di bilik kecil itu dengan kemas.

Suasana bilik yang dipenuhi dengan replika Jepun dan pistol-pistol khas itu di pandang dalam senyuman yang nipis.

"I will open this room again when I need it. Now, my Venom was hidden back in my soul."

Pintu bilik itu dikunci kemas sebelum dia mengorak langkah ke anak kecilnya sedang bersiap dengan mummynya di dalam bilik.

"Assalamualaikum anak papa." Bayi Isyraf terkapai-kapai tangannya dalam senyuman memandang papanya yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Handsomenya anak papa. Come here." Isyraf di dukung ke dakapannya. Pipi Isyraf dicium dengan penuh kasih sayang.

Zaqwan mengorak langkah ke arah isterinya yang sedang membetul-betulkan tudung di hadapan cermin itu.

"Si cantik abang dah siap?" Pipi Haira dikucup sekilas.

Haira mengoyakkan senyuman manis memandang ke arah Zaqwan. "Dah abang. Jom?"

Hari ini merupakan hari mereka bercuti. Tapi biasalah, mesti Harraz dan Daniel akan ikut sekali. Mereka yang offer diri mereka mahu jadi baby sitter si Isyraf yang baru berusia 5 bulan ini.

"Okay bro, kau dengan Haira pergi la dating. Biar aku dengan Harraz jaga Isyraf."

Tanpa menunggu balasan daripada Zaqwan, Daniel terus mengambil Isyraf daripada pegangan Zaqwan. Haira hanya menggelengkan kepalanya dalam tawa yang kecil.

"Saya nak ikut!"

Kesemua mereka mengalihkan pandangan ke arah satu figura perempuan yang berjalan ke arah mereka dengan senyuman lebar.

"Eh Sophia? Bila sampai?" Sahut Haira gembira dan membawa Sophia ke dalam pelukannya.

Sophia tersenyum kecil."Saya memang ada dekat sini dari tadi ambil angin, lepastu saya nampak kamu semua dekat sini. Saya datang lah."

"Sibuk betul perempuan ni." Daniel berbisik sendirian tetapi telinga Sophia lebih peka.

"Diamlah anak murai. Bising je."

Daniel mengetap rahang dan menoleh ke arah Sophia. "Apa dia kau cakap? Dasar mulut ayam."

Harraz, Zaqwan dan Haira hanya menggeleng melihat mereka berdua. Tak boleh berjumpa langsung. Ada je tak kena.

"Dah, kau jaga anak aku elok-elok Danny. Aku ajak kau naik bot kalau jadi apa-apa dekat anak aku."

Daniel berdecit kecil. "Ish aku tahu lah, dah jom Harraz. "

"Saya nak ikut!"

"Tak payah sibuk!"

Sophia tetap mengejarnya dari belakang.

Kau layan jelah Daniel. Halah-halah.

Zaqwan tersenyum nipis. Tanpa lengah, dia terus menggenggam erat tangan si isteri dan berjalan ke gigi pantai yang berombak tenang ditemani dengan angin petang yang bayu bertiup perlahan.

Haira mengeluh kecil di dalam senyuman. "Abang, sebenarnya kan,Haira tak sangka."

Zaqwan mengangkat kening sebelahnya. "Tak sangka apa?"

Haira tersenyum nipis. " Haira tak sangka kita masih boleh bertahan dalam rumah tangga kita sampai ke hari ini. Abang tahu kan, sebelum ni kepercayaan kita berdua di uji hebat? Tapi Haira bersyukur sebab abang masih ada dengan Haira."

Zaqwan mengeratkan lagi genggaman tangannya di dalam tangan gadis ini."Sayang, sebenarnya dalam hidup ni, kepercayaan itu wajib diletakkan dan diyakinkan perletakannya terhadap diri seseorang. Kepercayaan itu mudah diberi tapi sukar untuk dikekalkan. Kepercayaan itu juga merupakan tanda aras kasih sayang terhadap diri seseorang. Jika kita yakin dengan kepercayaan yang diberi, maka kasih sayang dan kepercayaan akan sebati di dalam satu perasaan. Itulah yang dinamakan cinta, sayang."

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang