Haira sedang menonton televisyen di ruang tamu seorang diri sambil ralit mengunyah biskut. Tekun betul dia menonton K-drama kegemarannya itu. Cerita Strong girl Do-bongsoon dah beberapa kali ulang pun tak tahu lah.
Sedang dia bergelak-ketawa seorang diri, Zaqwan meletakkan kepala di atas pehanya membuatkan ketawanya pudar serta-merta.
Entah dari mana dia datang, sedar-sedar dah baring atas riba orang.
"Hi sayang." Wajah Haira dipandang dengan senyum segaris.
Haira berkerut dahi memandang ke arah suaminya. "Abang bukan dalam bilik kerja ke tadi? Dah habis buat kerja?"
Zaqwan berdecit kecil. "I miss you. That's why I came here."
"Kau ni tak habis-habis tengok laki ni kenapa? Benci lah aku. Tak habis-habis saranghae saranghae. Buang tv ni baru tahu." Rungut Zaqwan selamba membuatkan Haira menghamburkan ketawa yang kecil.
"Ni lah scandal Haira. Park Hyunsik nama dia." Haira tersenyum sengih berangan.
"Scandal? Okay fine. Kau tidur luar." Zaqwan menyilangkan tangannya ke dada, jelingan tajam diberi membuatkan Haira terhambur ketawanya.
Gedik betul.
"Okay okay, Haira gurau je. Abang lah scandal Haira. Dah, potong muncung tu nanti." Haira menghamburkan ketawa kecil.
"Good girl." Zaqwan kembali tersenyum setelah dia memuncung sebentar tadi.
Gedik.
"Tapi kan abang, saya suka lah tengok dia, handsome." Haira tersenyum sengih keseorangan.
Zaqwan berdecit kecil kembali. Tangannya kembali disilangkan ke dada. "Handsome? Okay tidur luar. Serius kau tidur luar."
Haira tergelak besar. Rasa nak hempuk saja suaminya ini. "Okay Haira is sorry abang."
"Haira is sorry Haira is sorry. No sorry-sorry. Kiss me first. Baru boleh Haira is sorry." Wajah didekatkan ke arah Haira ketika ini dalam senyuman senget.
Haira menjeling Zaqwan dengan ekor matanya. "Shhh, abang janganlah kacau Haira. Haira tengah tengok tv ni."
Zaqwan tergelak kecil. Zaqwan bermain dengan rambut Haira yang tidak diikat itu. Di pintal-pintal rambut isterinya di jari lelaki ini.
"Sayang." Panggil Zaqwan lembut. Wajah Haira yang sedang tersenyum keseorangan menonton televisyen itu dipandang dari sudut perbaringannya.
Haira menundukkan kepalanya, wajah Zaqwan dipandang. Anggukan kecil diberi sebagai balasan.
"Dah nak dekat berbulan-bulan kita kahwin, tapi aku tak bawa kau jalan-jalan pun kan?"
Haira mengangguk. "Yelah, abang kan selalu sibuk dengan Galeri. Tapi tak apalah, Haira tak minta pun nak pergi jalan-jalan kan?"
Zaqwan mengoyakkan senyuman nipis.
"Let's Honeymoon."
Haira terdiam seketika. Ya, Zaqwan selalu sibuk di Galeri. Sebelum ni pun mereka hanya menghabiskan waktu di rumah sahaja kalau Zaqwan cuti.
Sebut tentang Honeymoon, tidak pernah terlintas langsung difikirannya untuk membincangkan hal ini.
"Haira, aku cakap dengan kau ni. Tak nak ke?" Soal Zaqwan kebingungan apabila melihat reaksi Haira yang sebegitu rupa.
"Lagipun, you already go through all of things lately. Asyik sedih je. Let me make you happy, release tension."
Haira tersenyum lebar menunjukkan riak yang teruja. "Mestilah nak! Abang nak bawa Haira pergi mana? Langkawi? Terengganu? Kelantan? Sabah? Sarawak?"
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Novela JuvenilKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...