26

16.5K 792 65
                                    

Daniel berada di restoran seorang diri. Daripada pagi sampai malam dia di situ. Penuh meja dia dengan pinggan mangkuk.

Tak, bukan dia putus cinta atau mahu bersendirian, tetapi dia sedang memerhatikan gerak-geri seseorang dari jauh.

Ada seseorang yang dia perhatikan sejak tadi.

Apabila orang yang diperhatikan itu melangkah keluar dari restoran itu, Daniel mengekorinya dari belakang.

Setapak demi setapak langkah Daniel mengekori orang itu.

Sedar tiada orang di sekeliling dan laluan kelihatan sunyi, Daniel munculkan dirinya disebalik tembok dan melangkah terus ke arah orang itu.

"Harraz Naufal..."

Suara garau itu cukup membuat lelaki itu menoleh ke arah Daniel yang memunculkan dirinya disebalik tembok itu.

"Jumpa lagi kita." Daniel tersenyum senget. Cermin matanya diletakkan di atas kepala dan tangan diletakkan di dalam poket seluar.

"Abang Danny? Buat apa dekat sini?" Tanya Harraz bingung. Sejak Daniel sudah habis menuntut ilmu di UITM, dia tidak pernah nampak lagi Daniel di mana-mana.

Mereka juga sudah kenal lama sebenarnya, tetapi masing-masing mengambil keputusan untuk tidak bertegur antara satu sama lain atas permintaan Daniel sendiri.

Lalu sebelah pun macam angin lalu. Dan hari ini, Daniel ada di depan matanya.

Kenapa?

Daniel tergelak kecil. Wajah Harraz dipandang dengan senyuman misteri. "Saja, ikut kau."

Harraz berkerut dahi. "K-kenapa abang Danny ikut aku?" Soal Harraz bingung. Berdebar-debar jantungnya menghadap Daniel yang sedang memandang tajam ke arahnya itu.

Tak dapat menafikan, aura Daniel dan Zaqwan tidak jauh bezanya. Hanya Harraz Naufal mengenali latar belakang mereka berdua itu.

Tanpa berfikir panjang, Daniel menolak lelaki itu ke tepi sehingga berbunyi gril kedai yang tutup di laluan itu terkena tolakan Daniel yang agak kuat. Mengerang sakit Harraz dibuatnya dek kerana tolakan itu.

Dengan tenang tetapi senyum senget tidak lupa menghiasi bibirnya, Daniel mengeluarkan telefon pintarnya dan galeri dibuka.

Harraz hanya merenung kelakuan Daniel dengan jantung yang berdegup kencang. Tiada rasa berani untuk melawan.

"Kau tengok ni sial, Ni kau kan?" tajam mata Daniel yang coklat itu memandang anak mata Harraz itu.

Harraz terbeliak matanya. Halkumnya bergerak-gerak menahan debaran untuk memberikan jawapan.

Wajah Daniel dipandang takut oleh Harraz tanpa sebarang suara.

Daniel tanpa menunggu, segenggam penumbuk menghinggap di pipi Harraz sehingga timbul lebam di tulang pipinya.

"Aku suruh jawab. Ni kau kan?" Kata Daniel dingin.

Harraz perlahan-lahan mengangguk dalam takut-takut.

"Kau bayar duit kat perempuan ni. Kau bayar apa?!" Suara Daniel mula naik seoktaf.

Harraz Naufal merupakan lelaki yang dia nampak berjumpa dengan Batrisya pada waktu pagi pada hari yang mereka berempat sepatutnya mengadakan malam BBQ.

Harraz meneguk air liurnya. Jelas nampak takut pada wajah Harraz apabila Daniel bertindak sebegitu.

Lihat Harraz hanya diam, Daniel memegang kolar baju lelaki itu sehingga hampir tercecik lelaki itu.

"Kau pun menyundal dengan dia ke sial?"

Harraz meneguk air liur yang terasa kesat. Aura Daniel sama seperti Aura Zaqwan Adyyan.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now