Zaqwan merebahkan badannya di atas katil. Dia mencapai telefon yang terletak di atas meja kecil di sebelah katilnya. Dia pergi ke galeri dan slide gambar dirinya dan Batrisya semasa majlis pertunangannya tadi.
"Apahal lah mama suka sangat kat dia ni? Pelik lah aku. 3 tahun aku hadap muka perempuan ni. Still aku tak rasa apa-apa." Bebel Zaqwan sendirian. Dengan siapa dia mahu berkawan, dengan siapa dia mahu jadikan kekasih, semua di aturkan oleh mamanya. Walaupun kadang-kadang peraturan mamanya sangat tidak masuk akal, tetapi dia hanya ikutkan sahaja. Bagus, anak yang taat lah katakan.
" Lantak kau lah. Kalau aku rasa aku tak suka sangat dengan perangai gedik perempuan ni, aku kena berdepan jugak dengan mama. Tak kiralah apa yang jadi. Ni masa depan aku.Yang nak kahwinnya aku, bukan nya mama." Bebel dia sendirian lagi sambil tangan ralit slide gambar-gambar di dalam galerinya itu. Sedang mengelamun, tiba-tiba hatinya berdegup laju. Dia bangun dari perbaringan dan terus memegang dadanya. " Uish, apahal ni?"
Dia mengelamun apa? Ni nak habaq mai. Sebenarnya dia sedang mengelamun hal ketika dia dan Haira buat donut petang tadi. Apabila wajah Haira menerpa dalam ruangan minda, terus laju jantungnya.
" Takkan lah kot. Mengarut lah kau ni Zaqwan. Tekanan darah rendah kot?"
Dia gelengkan kepalanya berkali-kali untuk menghilangkan wajah Haira di fikirannya. Dia membuka pintu biliknya dan terus pergi ke bilik air untuk mandi. Malangnya, Haira dan Zaqwan sampai serentak di hadapan bilik air itu. Ha sudah, siapa nak mandi dulu ni?
" Awak kenapa? Tepilah, saya nak mandi." Kata Haira sambil wajahnya jelas bengang akan Zaqwan yang telah memegang tombol pintu bilik air itu untuk menghalang Haira masuk ke dalam.
" Aku sampai dulu. Berambus sana."
Kata Zaqwan mendatar sambil kakinya melangkah ke arah bilik air.
Tetapi langkah nya ke belakang sedikit tatkala Haira menarik bajunya.
Wah Zaqwan, aku dari tadi nak terberak ni boleh pulak kau nak masuk dulu.
" Saya mandi dulu." Dia terjah masuk ke dalam tetapi langkahnya terhenti juga tatkala lengan baju Haira ditarik sehingga dia tersandar ke dinding.
Bapak ar kuat betul dia ni. Nak tercampak Haira dibuatnya.
Zaqwan mendekatkan dirinya sedikit sehingga Haira terkedu. Weh dekat sangat ni. Nak tercabut jantung aku.
Wajah Zaqwan merenung ke dalam mata bulatnya membuatkan dia mahu terkencing menahan nervous.
" Kau jangan sampai aku ajak kau mandi sekali dengan aku." Bisik Zaqwan di telinga Haira membuatkan Haira terus jauhkan diri dengan Zaqwan. Boleh mati Haira macam ni dek kerana jantung tidak aman.
Zaqwan tersenyum senget melihat wajah Haira yang sudah memerah itu.
" Blushing? Lemah. Tu baru bisik, aku tarik betul-betul baru tahu."
Katanya dengan nada mendatar tetapi telinga dia juga merah. Eh, siapa yang blushing sebenarnya.Tahla, tak fahamlah aku.
" Aku nak mandi. Kau blah." Zaqwan ingin melangkah ke dalam bilik air itu tetapi lagi sekali, langkahnya terhalang.
Haira berdiri di hadapan pintu bilik air sambil menyilangkan tangannya. Keningnya diangkat sedikit dan tersenyum senget. Apahal minah ni?
" Saya nak mandi dulu. Lepas ni saya nak keluar."
Zaqwan berkerut dahi. " Keluar pergi mana?"
" Dengan Akif saya lah."
Haira tersenyum kambing sambil menggulung-gulungkan tuala bercorak bunga daisy berwarna hijau lembut yang disarungkan menutupi kepalanya itu. Gedik betul minah ni, tersengih-sengih pulak.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Novela JuvenilKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...