25

17.2K 832 119
                                    

Zaqwan duduk di beranda biliknya sambil menikmati angin malam. Tiba-tiba sahaja, ingatan diterpa wajah gadis manis itu di dalam fikirannya.

Sudah lama dia tak berjumpa dengan Haira. Bukan tak mahu jumpa, cuma dia sengaja. Sengaja untuk tidak selalu berjumpa dengan gadis itu.

Dan jelas, hatinya rasa tidak duduk diam. Dia cuba memikirkan perkara lain, tetapi tidak boleh.

Wajah gadis itu selalu menerpa segenap fikirannya. Semakin lama tidak jumpa, semakin dalam fikirannya memikirkan gadis itu walaupun dia cuba beriak seperti tiada apa-apa menganggu jiwanya.

Walhal, susah untuk dia mengawal perasaan yang dia sendiri tidak tahu di mana hentinya.

Zaqwan menghabiskan waktu malamnya seperti biasa. Melihat bulan yang sedang menerangi segenap langit gelap itu akan menenangkan jiwanya.

Di tangannya tidak lekang dari sketch book. Di akan membelek-belek setiap muka surat tanpa jemu.

Dan, dia tersenyum nipis apabila selakan terhenti di muka surat terakhir sketch book itu.

Ya, di muka surat inilah jawapan yang telah dia lukis untuk bayangan yang sering mengelirukan mimpinya setiap hari,setiap malam.

Sedang dia tersenyum sendirian sambil membelek lukisan itu, telefon pintarnya bergetar di atas meja disebelahnya.

Mesej di skrin hadapan di baca sekilas.

Haira Manja

-Assalamualaikum, Zaqwan.Awak sibuk ke?"

Lama dibiar mesej itu tidak berjawab. Adalah dalam setengah jam dia melukis, barulah dia mencapai telefon pintarnya itu.

Bukan apa, nanti kalau balas cepat sangat, perempuan tu akan ingat dia suka kepada gadis itu.

Dah la dia kuat perasan. Haha.

Telefon pintarnya diambil dan aplikasi whatsapp dibuka. Chat yang telah dia pin itu ditekan.

" Tak." Mesej di balas ringkas.

Dry sungguh. Baik buang je lah fon tu.

Haira manja

"Awak free ke malam ni?"

"Someone miss me I guess." Zaqwan bercakap sendirian sambil tersenyum senget melihat skrin telefonnya itu.

" Tak." Mesej di balas ringkas lagi.

Balasannya di biarkan bluetick oleh pembaca. Tidak lama kemudian, Zaqwan menaip kembali.

"Pahal?"

Haira manja

"Tak ada apa, malam ni opah kena pergi rumah kawan dia. Anak dia nak mengurut lepas pantang. Saya tinggal rumah seorang. Kalau awak ada, boleh awak teman saya. Tapi tak pelah dah awak busy. Saya masuk tidur dulu."

Zaqwan menjawab ringkas. "Oh, busy. Sorry."

Zaqwan menutup fon dan bergerak masuk ke dalam bilik, lalu menghempaskan dirinya di atas katil empuk itu.

_______________________________________

Haira duduk keseorangan di dalam bilik setelah pintu dan tingkap ditutup rapat dan dikunci.

Chat dia bersama Zaqwan dibiarkan begitu saja.

Malas lah. Mungkin dia betul-betul busy. Tak mahu lah kacau privasi orang lain.

Zaqwan juga ada kehidupan dia sendiri.

Opah Salmah telah keluar selepas maghrib lagi. Maklumlah, bidan terkenal dalam kampung tu, sibuk bebenor.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now