Perjalanan di dalam kereta senyap sunyi. Tiada dialog yang bertukar di antara mereka.
Zaqwan hanya berpilih untuk diam. Tiada sapaan, tiada gurauan seperti selalu.
Selalunya ada saja benda yang dia nak borakkan dengan Haira.
Tetapi tidak untuk hari ini. Selepas sahaja dia berjumpa dengan Daniel sebentar tadi, terus bertukar macam manusia dingin yang bisu.
Haira mula rasa sesuatu. Wajah suaminya yang sedang dipandu itu dipandang bersilih ganti sejak dari tadi.
Tetapi tidak sedetik pun Zaqwan memandang ke arahnya. Matanya hanya fokus tertacap ke arah jalan tanpa menoleh kiri dan kanan.
Tengoklah, tangan Haira pun tak dipegang. Biasanya apabila Zaqwan memandu, tangan Haira tidak pernah tak digenggam kemas. Pasti dia akan memegang tangan gadis itu di dalam genggamannya seperti selalu.
Haira mengeluh nafas berat. Dia mula buntu untuk mencari jalan bagaimana mahu membuatkan Zaqwan bercakapnya.
Kejadian yang berlaku sebentar tadi dia sendiri pun tidak tahu siapakah gerangan yang memberinya bunga itu.
Tak boleh jadi ni. Aku mesti buat sesuatu.
Memang Puan Sri Zakiah ada pesan, Zaqwan ni lain sikit perangainya.
Zaqwan yang dingin dengan Zaqwan yang sedang marah adalah berbeza.
Ada satu peribadi Zaqwan yang tiada siapa yang tahu kecuali orang tertentu.
Jadi pandai-pandai lah fikir macam mana nak pujuk Zaqwan Adyyan yang suka berubah angin ini.
"Abang." Panggil Haira mendayu kepada Zaqwan.
Diam sahaja tiada jawapan. Macam cakap dengan tiang.
"Abang sayang..." Panggil Haira lagi dengan suara yang lembut.
Tidak berhasil.
Tetapi jelas halkum lelaki ini turun naik di dalam wajah yang dingin itu.
Haira perlahan-lahan menyatukan tangannya dengan jari-jemari Zaqwan.
Alhamdulillah, tiada tepisan daripada lelaki itu. Zaqwan menyatukan jari-jemarinya juga dengan gadis itu tetapi tiada suara yang keluar.
Wajah dingin masih dikekalkan.
"Abang marah Haira ke?" Soal Haira lembut, wajah Zaqwan dipandang.
Zaqwan hanya diam seolah-seolah si isteri tiada disebelahnya.
Dan Haira juga memilih untuk berdiam. Tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk. Zaqwan boleh bertukar 360° kalau dia mahu sekelip mata.
Sampai sahaja di rumah, Zaqwan terus menerobos keluar dari dalam kereta tanpa bercakap apa-apa dengan isterinya.
Dibiarkan sahaja isterinya terpinga-pinga di dalam kereta.
Haira mengeluh berat ketika menghantar susuk tubuh Zaqwan yang melangkah masuk ke dalam rumah dengan ekor matanya.
Tolonglah kuatkan kesabarannya.
Zaqwan yang sedang mengatur langkah untuk naik ke atas itu ditarik pantas oleh Haira sehingga lelaki itu memusingkan badannya tetapi mata tetap tidak memandang ke arah Haira.
"Abang, pandanglah Haira. Janganlah buat Haira macam ni." Rayu Haira lembut. Tangan lelaki itu dipegang kemas di dalam genggaman.
Perlahan-lahan Zaqwan menoleh memandang Haira yang sedang berdiri tegak di hadapannya dengan wajah yang betul-betul sedang memujuk.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Teen FictionKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...