Haira berjalan perlahan-lahan ke arah Zaqwan yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu seorang diri.
"Nak tanya ke tak eh? Dia bagi ke?" Haira bermonolog sendirian. Kukunya digigit-gigit sambil berfikir. Mundar-mandir dia di sebalik tembok untuk membuat keputusan. Entah kenapa, tiba-tiba Haira berasa gugup untuk bercakap dengan suaminya sendiri.
Mana tak gugup, kadang-kadang wajah Zaqwan kelihatan dingin, nak tegur pun takut. Kadang-kadang orang tengah serius, dia pula main-main.
Entahlah, tak faham kadang-kadang.
Haira melabuhkan punggungnya disebelah Zaqwan perlahan-lahan. Kedudukannya ditegakkan macam duduk atas bangku sekolah. Jari-jemarinya dimainkan bersama.
Wajah Zaqwan dipandang dengan ekor matanya.
Kusyuk betul Zaqwan melayan Netflix tengok cerita lawan-lawan daripada tadi. Sampai Haira di sebelahnya pun tidak perasan.
Haira menyandarkan badannya ke sofa yang empuk itu. Perlahan-lahan dia merehatkan kepalanya ke dada bidang Zaqwan yang tidak berbaju itu. Tubuh lelaki itu dipeluk tanpa ragu.
Tanpa sedar, sebaik sahaja Haira merehatkan kepala di atas dadanya, Zaqwan mengelus lembut rambut isterinya walaupun matanya tetap fokus memandang ke arah skrin televisyen. "Talk to me. Nak apa?"
Mengeras badan Haira apabila suara garau itu menerpa pendengarannya ketika ini.
Haira mengangkat wajahnya memandang Zaqwan sambil tersenyum sengeh. Kepala yang tidak gatal itu digaru.
Nak tanya ke tak, nak tanya ke tak.
Zaqwan mengoyakkan senyuman senget. Wajah isterinya dipandang. "Sayang nak apa, malam ni aku free. Aku okay je."
Haira terus menegakkan badannya lalu dada Zaqwan dipukul dengan tangan kecilnya itu. "Ish abang ni!"
Bukan-bukan je suami aku ni. Campak dalam bot baru tahu.
"Habis tu kau nak apa sayang?" Lembut sahaja nada Zaqwan berkata. Matanya memandang ke arah Haira yang daripada tadi tersenyum macam kerang busuk.
"Er..Haira nak minta izin boleh?"
Zaqwan mengangguk. Keningnya diangkat menandakan 'apa' ke arah Haira.
"Abang, Amy ajak Haira keluar jalan-jalan dua orang. Lama dah kami tak keluar sekali. Boleh tak?"
Soal Haira menyusun ayatnya satu persatu setelah lama dia praktis di belakang tembok dapur tadi.
"Kau nak pergi mana dan buat apa?" Soal Zaqwan ingin tahu. Sejak apa yang terjadi, dia agak sukar untuk melepaskan isterinya keluar dari rumah.
"Haira nak pergi jalan-jalan,tengok wayang. Lepastu window shopping, makan ice-cream. Ish banyaklah Haira nak buat dengan dia. Lama betul Haira tak jumpa dia. Lagipun, Haira buat kerja dari rumah, dia buat kerja dekat studio. Kami dah jarang berjumpa. Boleh tak Haira nak keluar dengan dia?" Pinta Haira lembut sambil matanya yang bulat itu dikedip-kedip manja.
Zaqwan senyum segaris memikirkannya sejenak. Isterinya juga ada kehidupan sendiri. Sampai bila Haira mahu terperuk di dalam rumah?
Zaqwan mengangguk. "Hm. Tapi jangan balik lambat. Sebelum pukul 12 mesti ada dekat rumah. Apa-apa telefon aku cepat-cepat." Zaqwan berkata dingin. Terdapat amaran di dalam suaranya.
Haira terus mengoyakkan senyuman lebar. "Okay! Haira akan balik awal. Haira janji." Jari kelingkingnya itu diangkat ke arah Zaqwan.
"Tapi dengan satu syarat." Pudar senyuman Haira serta-merta apabila melihat wajah Zaqwan yang memandang wajahnya dengan muka yang serius.
ANDA SEDANG MEMBACA
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Fiksyen RemajaKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...
![ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]](https://img.wattpad.com/cover/318178400-64-k699832.jpg)