Hari ini merupakan hari terakhir cuti semester sebelum semester terakhir bermula. Sudah sebulan lebih merehatkan minda yang sarat dengan assignment, marilah kita aktif kan balik. Dah lama sangat tak berjalan otak ni.
" Opah! orang balik dulu tau. Nanti bila-bila orang jenguk opah lagi. Lama sangat Haira tinggal Batrisya dekat rumah sewa tu." Tangan Opah Salmah di salam dan kedua-dua belah pipinya dicium.
Salam disambut. " Kamu tu jaga diri elok-elok. Kalau masuk tempat gelap cepat-cepat istighfar. Jangan biar trauma kamu tu menjiwai diri kamu. Kamu boleh Haira, aku yakin kamu boleh lupakan semua yang pernah terjadi dengan kamu."
Opah memberi pesanan ringkas. Itulah pesanan tetap opahnya setiap kali dia mahu balik ke rumah sewa. Cucunya itu sangat takut dengan gelap sejak terdapat sebuah peristiwa yang menghantui kehidupannya sekarang ini.
Haira hanya mengangguk tanda faham.
Sementara itu, Zaqwan duduk di ruang tamu sambil ralit bermain dengan telefonnya. Tidak di endahkan langsung Haira yang sudah mahu pulang itu.
Sambil-sambil itu, perbualan dia dan Opah Salmah semalam di dapur bermain di fikirannya.
"Opah, Zaqwan nak tanya sikit boleh?"
Zaqwan bersuara di dapur setelah lama dia duduk di meja itu. Dah makan, dah minum. Kemudian, biskut di makan lagi. Lepas itu makan kerepek pula. Dia berfikir dua-tiga kali sama ada dia patut tanya atau tak soalan ini kepada Opah Salmah.
Opah Salmah yang sedang menyiang ikan di sinki itu memalingkan tubuhnya ke arah Zaqwan.
" Zaqwan nak tanya apa? Ada apa-apa tak kena dengan Batrisya ke?"
Zaqwan menggeleng sebagai jawapan.
" Bukan Opah. Zaqwan nak tanya-"
Dia diam sekejap membuatkan opah berkerut dahi. Kenapa pula budak ni?
" Kamu nak tanya apa Zaqwan..Kabor dekat opah. Opah campak ikan ni kat kamu kang. Opah tak suka orang cakap separuh-separuh ni."
Opah Salmah kembali menyiang ikan tongkol di dalam sinki itu.
" K-kenapa Haira takut dalam gelap?"
Tanya soalan pun payah betul si Zaqwan ni.
Opah Salmah terhenti gerakkannya.
"Mana kamu tahu?"soal Opah Salmah ingin tahu. Perihal Haira, hanya Opah Salmah, Batrisya dan Akif sahaja yang tahu.
Zaqwan bermain dengan jarinya sementara memikirkan jawapan apa yang mahu dia berikan.
" Saja je tanya." Balas Zaqwan sepatah.
" Kenapa kamu nak tahu pasal cucu aku tu Zaqwan? Kamu dah bertukor hati pulok ke?"
Usik Opah Salmah membuatkan Zaqwan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Bukan Opah. Zaqwan nak tahu je. Sebab semalam Zaqwan lalu tempat gelap, dia terus menggigil lepas tu berpeluh-peluh. Zaqwan nak tahu kenapa je." Zaqwan tersenyum nipis.
Opah Salmah membasuh tangannya dan menarik kerusi sebelum punggungnya dilabuhkan.
" Zaqwan, Haira sebenarnya tak gemor kalau aku cerita pasal dia dekat orang. Tapi sebab opah percaya kamu, kamu rahsiakan benda yang opah nak cakap ni ya?" Kata opah dengan wajah yang suram.
Zaqwan mengangguk tanda faham. Dia sedia mendengar apa yang Opah Salmah ingin sampaikan.
" Dia pernah hampir dirogol oleh seseorang sewaktu dia berumur 16 tahun dahulu. Waktu itu opah tak ada dekat rumah. Opah pergi mengaji dekat masjid. Haira waktu itu baru balik tuisyen."
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Fiksi RemajaKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...