60

14.3K 581 46
                                    

Terhenti pijakan Tan Sri Malik yang sedang memijak perut Haira ketika ini apabila 3 figura lelaki muncul di belakangnya secara tiba-tiba.

Air mata Haira lagi bergenang hebat apabila susuk tubuh Zaqwan menerpa di pandangannya. Terasa bagai satu beban hilang pergi menjauh serta-merta.

Tanpa memulakan sebarang sapaan, Zaqwan terus menghampirinya dan membantu dia untuk bersandar ke dinding.

Tidak gelabah. Zaqwan kekal tenang.

Melihat sahaja wajah Zaqwan ketika ini, terbit perasaan serba salah yang menggunung menyelubungi hati Haira ketika ini. Dia merasakan bahawa dia sudah mengguris hati suaminya yang teramat sangat.

Haira berkerut muka menahan sakit di dalam air mata yang tidak berhenti bergenang. "A-abang, Haira sakit."

Zaqwan melemparkan senyuman nipis ke arah Haira ketika ini. Dahi Haira yang berpeluh menahan sakit itu dikucup. "Maaf abang lambat. Tahan sikit ya? Abang ada."

Zaqwan memejamkan matanya seketika. Dia mengetap rahangnya kuat sehingga menampakkan urat hijau di lehernya. Dadanya berombak kuat menahan rasa.

Tubuh badan isterinya yang telah berlumuran darah dan luka-luka dipandang dalam wajah bengang yang teramat sangat.

Zaqwan melangkah laju ke arah Tan Sri Malik dengan senyuman yang senget.

"Hero of the year is coming. Wow!" Tan Sri Mikael bertepuk tangan dalam ketawa besar dan mengorak langkah ke arah Zaqwan yang sedang merenungnya tajam.

Daniel dan Harraz sedang membantu Batrisya yang terlihat lemah itu dengan membuka ikatan di tangannya.

Tubuh Akif yang telah mati itu dipandang sayu.

"Aku dah dengar semuanya. Kau nak apa lagi sampai kau puas hati,huh?" Soal Zaqwan dingin.

Tan Sri Mikael terhambur gelak yang besar. Perlahan-lahan dia menghampiri Haira dan mengelus pipi gadis itu dalam senyuman senget. "Aku nak apa?"

Tudung Haira ditarik kasar."Aku nak biar hidup isteri kau merana habis-habisan sampai aku puas. Aku nak dia mati. Aku nak balas dendam."

Zaqwan menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba bertenang. "Okay, boleh. Kau nak buat dia merana kan? Fine! I'm okay with that."

Haira mengangkat wajahnya dari jauh memandang Zaqwan. "A-abang.."

"Tapi kau jangan cederakan dia lagi. Cederakan aku. Buat aku sakit habis-habisan, lepaskan semua dendam kau dekat aku."

Haira bertaut kening di dalam tangisannya. "Abang cakap apa ni!"

Cukuplah dia sudah melukakan hati suaminya, dia tidak mampu untuk melihat suaminya terluka lagi.

Zaqwan tersenyum nipis memandang tepat ke arah wajah Haira dengan sayu.  "Aku adalah kebahagiaan dia. Kau cakap tadi kau tak suka tengok dia bahagia kan? Fine. Hurt me more. Kau sakitkan dia dengan cara yang macam ni. Tapi kau jangan cederakan dia."

Zaqwan melangkah menghampiri Tan Sri Malik menyerahkan diri. Harraz dan Daniel sudah berkerut dahi memandang sesama sendiri. Ini bukan seperti yang dibincangkan.

"Cepat sakitkan aku. Pukul aku. Aku tak akan melawan kau sikit pun." Zaqwan merelakan dirinya sepenuhnya kepada Tan Sri Mikael ketika ini.

"Zack, apa kau cakap ni?!" Harraz mula gusar. Sampai sahaja mereka di gudang ini dan menyaksikan segalanya dalam diam, Zaqwan terus berubah begini. Hilang semua plan yang dibincangkan di antara mereka.

"Kalau kau tak suruh pun, memang aku nak sakitkan kau, Zaqwan Adyyan."

Dush!

Terjatuh Zaqwan ke lantai akibat tumbukan yang kuat daripada lelaki itu. Harraz ingin mara ke hadapan tetapi di tahan oleh Zaqwan serta-merta.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now