31

16.2K 967 275
                                    

Zaqwan duduk di beranda rumahnya sebaik sahaja dia pulang dari jumpa Haira malam itu. Dia berasa sangat kosong.

Dia memandang ke arah bulan. Tanpa sedar, air mata jatuh dari kolam mata setelah dari tadi dia tahan.

Haira lah wanita pertama yang mampu buat dia menangis seperti ini. Laju air mata dia turun tanpa henti.

Daniel yang ingin bertanya kepada Zaqwan sama ada Zaqwan ada terambil seluar dalamnya itu terhenti langkahnya apabila terlihat Zaqwan sedang menangis teresak-esak.

Kena reject ke? Seriuslah?

Daniel menarik kerusi yang ada di beranda itu lalu di dekatkan di sebelah Zaqwan. Belakang sepupunya di usap perlahan.

"Bro, kau okay?"

Tanpa melindung air matanya yang sedang turun laju di pipi, Zaqwan memandang ke arah Daniel yang jelas terkejut melihat Zaqwan Adyyan menangis buat kali pertamanya di hadapannya.

"Hey bro, kenapa ni?"

Zaqwan hanya terdiam. Daniel memandang ke arah kotak cincin yang terletak di atas meja kecil di sebelahnya.

Daniel mengeluh kecil. Okay, faham.

Bahu Zaqwan ditepuk lembut.

"Bro, janganlah macam ni. Bunga bukan sekuntum."

Zaqwan tersenyum nipis. Wajah Daniel di pandang redup. Air mata laju membasahi pipinya tanpa henti. Tiada lagi sisi dingin seorang Zaqwan Adyyan ketika ini.

"Aku bodoh kan?" Zaqwan tergelak kecil dalam tangisannya.

Daniel berkerut dahi. Ya, memang dia bodoh. Tapi kenapa tiba-tiba dia mengaku? Haha.

"Kau kenapa? Hey, kau tak bodoh lah. Janganlah cakap macam tu. Kau tak pernah macam ni. Mana pergi Zaqwan Adyyan aku yang dulu? Yang tak pernah nangis sebab orang lain, yang tak lemah macam ni, dan yang tak ada hati perut dulu? Hey bro,kau kena bangun. Jangan sebab satu perempuan kau jadi lemah sampai macam ni sekali."  Sumpah, dia tergamam tengok sepupunya dalam keadaan sebegini.

"Penantian aku 3 tahun ni sia-sia. Aku dah give up." Dia tersenyum nipis. Jelas riak kecewa walaupun pada awalnya dia sudah redha dengan segala-galanya.

Daniel mengeluh perlahan. Belakang badan Zaqwan dielus perlahan untuk menenangkan esakan lelaki itu.

"Bro, jodoh di tangan tuhan. Ni semua rancangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kau. Aku yakin, kau dengan dia ada jodoh kalau Allah izinkan. Dia lari lah hujung dunia sekali pun, kalau dia memang untuk kau, jadi dia memang untuk kau."

Zaqwan menggelengkan kepalanya menafikan.  "Tak Daniel. I must accept the fact. Dalam hati dia ada orang lain. Dia sendiri cakap dekat aku. Sebab tu kotak cincin dia ada dekat aku sekarang."

Air mata Zaqwan diseka dengan ibu jarinya.

Sweet juga kan Daniel ni? Limited eksiden betul kadang-kadang.

"Kalau kau menangis macam ni, buat aku nak tergelak je. Dah, jangan nangis. Apalah Zaqwan Adyyan nangis. Malu je. Kau pergi masuk, kau rehat ya?" Daniel tergelak kecil.

Zaqwan merenung ke arahnya. Okay, mata dingin Zaqwan kembali beraksi.

"Kalau kau tak ada benda nak cakap, berambus. Leave me alone."

Daniel mengeluh perlahan. Tak tahu bagaimana cara lagi mahu pujuk sepupu kesayangannya itu.

"Boboy, boboy okay ke sayang?" Sapa Puan Sri Zakiah yang berdiri di pintu sliding door itu sejak dari tadi. Saja dia berdiam untuk memerhatikan anaknya dari belakang.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now