47

14K 709 80
                                    

Haira sedang meneguk air di dalam cawan yang diberi oleh Daniel itu. Lepas sahaja cuci luka, tiba-tiba tekak rasa dahaga. Daniel lah yang daripada tadi jaga dia dekat sini.

"Terima kasih."

Daniel mengeluh kecil dan mengambil cawan daripada tangan Haira itu. "Kau ni, nasib tau luka kau tu tak dalam sangat. Kalau lah jadi apa-apa dekat kau, kau tahulah Zaqwan tu jadi apa nanti."

Haira terdiam dan bermain saja dengan jari-jemarinya mendengar Daniel membebel panjang.

"Nasib baik tau aku ada dekat situ. Kalau tak, mesti benda lain yang kau kena. Akif tu pun bukan boleh percaya sangat." Daniel berkata tenang sambil sibuk makan anggur di dalam mangkuk yang dia beli untuk Haira tadi.

"Akif dah berubah dah awak." Kata Haira perlahan.

Daniel tergelak kecil. "Kau ni kan, muka dah lawa dah. Tapi- Haih, kau dengar sini baik-baik. Jangan percaya siapa-siapa selain suami kau sendiri. Kau akan selamat kalau kau percaya dia. Kalau kau tak nak percaya aku, tu kau punya pasal. Buat masa sekarang ni, tolonglah jangan percaya siapa-siapa."

Haira mengeluh kecil. "Yelah saya dengar. Tapi kan, macam mana awak boleh ada dekat situ tadi?"

Daniel tersenyum senget. "Daniel Qalish is everywhere, Haira. Kau jangan pelik. Aku ada di mana-mana."

"Tolonglah jaga diri. Ni baru sikit tau. Kita tak tahu apa lagi orang tu nak buat dekat kau."

"Tapi tulah. Penat lah aku ulang banyak kali. Selagi Zaqwan ada, kau akan selamat. Tu memang aku jamin seratus peratus."

Haira bingung. Wajah Daniel dipandang. "Kenapa awak cakap macam tu? Dengar macam Zaqwan ni orang yang berpengaruh je."

Daniel tersenyum senget. "Zaqwan sebenarnya-"

Bam!

Pintu wad di buka dari luar dengan kasar membuatkan dua-dua orang itu berhenti berbual dan melemparkan pandangan ke arah pintu tersebut.

Zaqwan Adyyan dengan muka ketatnya itu terpampang di muka pintu.

Lengkap berbaju kot hitam dan berkemeja putih menandakan bahawa dia masih berbaju kerja.

Suasana bilik wad Haira itu bertukar sunyi sepi. Macam malaikat lalu. Masing-masing memilih untuk diam.

"Dekat mana luka?" Suara Zaqwan penuh dan tegas. Daniel juga hanya mendiamkan diri apabila Zaqwan mendominasi suasana yang senyap itu.

Haira memandang ke arah Daniel memberi isyarat agar dia memandang ke tempat lain kerana dia perlu menyelak bajunya sedikit daripada bahagian bahu untuk menunjukkan luka di lengannya kepada Zaqwan.

Lengan Haira yang berbalut itu dipandang tajam. Dadanya yang berombak kuat menahan perasaan bengang yang membuak-buak.

"Berapa jahitan?"

Haira menelan air liur yang terasa kesat di kerongkong apabila matanya bertemu dengan anak mata Zaqwan ketika ini.

"T-tujuh."

Baju Haira yang terselak itu dibetulkan kembali sebelum tangan Zaqwan dimasukkan ke dalam poketnya, memandang tepat ke wajah si isteri dengan riak yang ketat dan marah.

Daniel sudah menelan air liur yang terasa kesat apabila melihat wajah Zaqwan yang sudah berubah itu.

Wajah Daniel dan Haira dipandang bersilih ganti oleh Zaqwan ketika ini.
Zaqwan menarik nafas dalam-dalam sebelum dia bersuara.

Wajah Haira dipandang tajam semula membuatkan Haira semakin berdebar-debar.

"Macam mana boleh jadi macam ni Haira Kairina. Kau pergi mana." Terselit nada tegas dalam suaranya bercakap.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now