2

23.6K 1K 96
                                        

" Assalamualaikum Opah ku sayang! Opah! Orang datang ni!" Jerit Haira dari muka pintu. Terdengar tiada sahutan yang menyambut, Haira terus meluru ke arah dapur. Betul tekaannya, opah kesayangannya ada di dapur sedang sibuk memasak. Masak untuk makan malam lah kot, takkan lah breakfast pulak.

Haira tersenyum riang tatkala melihat kelibat opahnya lantas memeluk pinggang opahnya dari belakang. Opah Salmah tercampak sudipnya dek kerana terkejut. Terkejut orang tua tu, kau ni Haira!

Opah Salmah terus memusingkan tubuhnya ke arah cucunya yang sedang tersenyum macam kerang busuk. "Ya Allah Manja! Terkejut lah aku cucu bertuah oi! Kenapa datang idok kabor aku dulu!" Opah Salmah memang seorang yang ceria dan baik orangnya. Sejak dari kecil, Haira tinggal di rumah opahnya. Opah Salmah merupakan insan yang dia boleh berteduh kasih-sayang dan bermanja-manja,Panggilan Manja sudah melekat dalam diri Haira sejak bayi lagi. Memang padanlah dengan diri Haira yang juga sangat ceria dan kadang-kala sisi manjanya muncul dengan orang yang dia sayang. Opahnya jugak orang Perak, memang kecoh bebenor mulutnya. Satu kampung boleh dengar.

Haira mencapai tangan opahnya lalu tunduk  untuk menyalam tangan opah kesayangannya itu. Sejak dia menjadi pelajar universiti, Haira jarang menjenguk opahnya dek kerana sibuk dengan assignment yang tidak putus-putus. Haira selalu menelefon bertanya khabar sahaja untuk melepaskan rindu. Opah Salmah juga tidak berasa agak sunyi dek kerana dia juga merupakan ahli kampung yang aktif. Satu kampung mengenali bidan terkenal itu. Setiap petang ada sahaja aktivitinya bersama-sama kawan-kawan seumurnya di dalam kampung ini. Membawang, Zumba ha apa lagi?

" Jap Opah." Kening Haira bersatu dek kerana pelik akan opahnya yang menyimpan earphone di dalam laci dapur. Sejak bila opah ni?

" Patutlah orang panggil tak dengar.. Oh dah pandai dah sekarang.." Haira senyum mengusik sambil mencekak pinggangnya dengan gelengan di kepala.

" Ala Manja. Sejak kamu jarang balik rumah opah, aku bosan. Tak tahu nak buat apa. Opah dengor lah lagu." Jawab opah Salmah selamba sambil tangannya tekun memotong bawang di tangannya.

" Ha, lagu apa yang opah dengar tadi?" Haira bertanya ingin tahu.

" Iman Troye. Sedap suara budak tu kome..Lawa bebenor pulak tu. Aku asyik bernang-nang je dari tadi."

Pecah ketawa Haira hingga menayangkan barisan gigi putihnya. Yelah, kecil-kecil selalu gosok gigi.

" Tapi kan opah, bila opah beli Phone ni? Iphone X pula tu. Mantap eh opah sekarang." Bahu opahnya ditolak sedikit dengan kening yang diangkat sebelah.

" Opah main kutu dengan orang kampung ke?" Soal Haira mencetuskan gelengan daripada Opah Salmah sebagai jawapan.

"Idok le aku nak main kutu ni bagai. Orang bagi opah. Opah ambil je lah. Rezeki orang kata. Budak tu baik bebenor, budak tu- Ya allah ikan aku!" Opah Salmah terus berlari-lari ke arah kuali untuk mengalihkan ikan yang digorengnya di atas dapur itu. Dah nak renting dah tu.

Ayat Opah Salmah yang tiada noktah itu menerbitkan rasa ingin tahu di dalam fikiran Haira saat ini. Haira kerut dahi ." Budak mana pula ni?" Dia berbisik sendirian.Setahu dia,opah mana ada cucu lain, dia lah satu-satunya. Siapa?

Husnuzon. Mungkin opahnya memenangi cabutan bertuah barangkali.

Mengabaikan andaian itu, Haira terus mengorak langkah untuk naik ke atas. "Okaylah opah. Orang naik atas dulu eh? Opah pun dah nak habis masak kan?" 

Opah Salmah mengangguk. " Lepas Isyak, kita makan sama-sama. Udah, pergi naik atas. Jangan kaco opah masak." Opah Salmah meletakkan kembali earphone pink di telinganya menerbitkan ketawa kecik di bibir Haira. Comel bebenor opah Haira ni.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang