Zaqwan tersenyum seharian hari ini. Sakan menyanyi. Sana sini menyanyi.
Apa yang seronok sangat pun tak tahu lah. Bangun pun awal, siap tolong buatkan sarapan lagi. Bila semua orang bangun, sudah tersedia breakfast di atas meja.
Dengan bibik-bibik sekali terkejut.
Daniel yang baru turun dari tangga itu menyapa Zaqwan yang sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki.
"Bro, happy nampak."
Zaqwan menjeling tajam ke arah sepupunya. Menyampah.
"Jangan cakap dengan aku." Kata Zaqwan dingin.
Lah marah.
Daniel tergelak kecil. "Sorry lah bro. Aku sengaja."
Zaqwan merenjiskan air sabun ke arah sepupunya itu. Tak guna betul.
Daniel menghamburkan ketawa besar. Seronok doh bahan Zaqwan. Telinga dia cepat merah kalau dia malu.
"Tapi nampak lah kau sayang gila kat Haira. Tak tersampai lah niat aku nak caras bakal isteri kau bila kau menangis macam orang bangang ingat kena reject semalam. Kelakar bro."
Zaqwan merenung tajam ke arah sepupunya itu.
Nak mampus agaknya budak ni.
"Kau rembat Haira aku,kau mati."
Daniel tergelak besar. "Sweet juga eh kau ni. Ingatkan hati batu sampai kau mampus. Weh, jom ar couple dengan aku. Eh tak gurau je bodo."
Zaqwan tergelak kecil akhirnya. " Dah tepi sana. Jom makan."
Bahu Daniel di paut dan mereka dua berjalan ke arah meja panjang di rumah itu.
"Amboi, sedapnya anak mama masak. Untungnya menantu mama nanti." Puji Puan Sri Zakiah apabila sesudu nasi goreng masuk ke dalam mulutnya.
Zaqwan hanya tersenyum sengih. Gedik pula dia ni. Dari semalam gedik dia tak habis lagi.
Aduh, bakal suami siapalah angau sampai macam ni. Someone help please.
"Papa."
Semua orang menghalakan perhatian mereka ke arah Zaqwan yang bersuara itu.
"Zaqwan nak minta maaf."
Tan Sri Mikael berhenti mengunyah makanan di dalam mulutnya.
Semua yang ada di meja itu terkedu mendengar pengakuan Zaqwan yang secara tiba-tiba.
Semua orang tahu betapa bencinya Zaqwan terhadap bapa tirinya itu.
"Terima kasih sebab dah berubah. Macam mana pun, Zaqwan perlu ada restu dari ibu bapa Zaqwan sendiri sebelum diri rumah tangga. Zaqwan tak nak hidup Zaqwan tak direstui."
"Zaqwan minta maaf." Perlahan sahaja dia bersuara.
Tan Sri Mikael mengangguk kecil dengan senyuman nipis terbit di wajahnya. "Papa sayang kamu, Zaqwan. Jaga Haira elok-elok ya?"
Zaqwan mengangguk kecil.
"Terima kasih sebab dah pujuk mama Zaqwan. Terima kasih bagi Zaqwan pegang balik jawatan arwah abah. Thanks a lot pa."
Tan Sri Mikael mengangguk ringkas. "Ya, Zaqwan. Terima kasih juga sebab dah bersetuju nak kahwin dengan Haira. Kamu dah senangkan-" Tan Sri Mikael terhenti bercakap.
"Senangkan apa papa?" Zaqwan berkerut dahi.
Tan Sri Mikael mengoyakkan senyuman nipis. "Kamu dah senangkan kerja papa untuk tidak pecah otak lagi berfikir pasal kebahagiaan kamu dari sehari ke sehari. Kamu dah jumpa kebahagiaan kamu sendiri akhirnya." Tan Sri Mikael tersenyum lebar.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Teen FictionKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...