22

16.2K 885 142
                                    

" Hey."

Haira menoleh pandangannya ke arah Zaqwan yang sedang berjalan di sebelahnya. Beg plastik barang penuh ditangan lelaki itu.

Zaqwan memberhentikan langkahnya di hadapan kedai Baskin Roobins membuatkan Haira turut memberhentikan langkahnya di sebelah lelaki itu.

"Nak aiskrim?" Soal Zaqwan tanpa riak.

Weh, peluang ni. Terus senyum lebar gadis itu. Haira tunggu apa lagi, terus mengangguk laju.

" Nak nak ! Awak belanja mestilah nak!" Balas Haira tersenyum seronok sehingga menayangkan lesung pipit dalam di kedua-dua belah pipinya yang gebu itu.

Zaqwan terus melangkah ke dalam kedai itu dan diikuti oleh Haira di belakangnya. Setelah beratur dalam beberapa minit, akhirnya mereka berdiri di hadapan cermin kaca yang mempunyai pelbagai jenis perisa aiskrim yang dihidangkan disebalik cermin itu.

"Aku pelawa je. Kau lah bayar. Cepat, choose what  flavour that you want." Kata Zaqwan selamba.

Haira mencebik dan menjulingkan matanya ke atas. Nama je anak orang kaya, aiskrim pun tak boleh belanja.

"Ish, kedekut betul. Yela, saya belanja. Awak nak perisa yang mana satu?" Haira mengalah. Ala, tak apa sekali sekala belanja lelaki kerek ini apa salahnya.

Zaqwan mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Kau pilih lah. Aku ikut kau je."

Haira mengangguk tanda setuju. Setelah lama meneliti perisa aiskrim yang dihidangkan di sebalik cermin kaca itu, aiskrim berperisa Jamoca Almond Fudge menjadi pilihan.

"Bagi perisa ni dua." Kata Haira kepada pekerja itu sambil dua jari ditunjukkan sebagai isyarat.

"Just make it one only. Thank you." Kata Zaqwan tiba-tiba memberhentikan langkah pekerja itu untuk mengisi aiskrim pada bekas yang kedua.

Haira berkerut kening. "Kenapa satu? Saya boleh bayar la kalau awak nak sepuluh pun. Awak ingat saya tak ada duit ke?" Kata Haira penuh emosi.

Bukan lah apa, dah orang nak belanja tu ambil je lah.

Zaqwan memandang ke arah wajah Haira yang sedang memandang ke arahnya untuk menunggu respons.

" Share." Balas Zaqwan sepatah sebelum kakinya melangkah untuk ke tempat duduk yang disediakan dan meninggalkan Haira yang terpinga-pinga.

Setelah Haira membuat bayaran, dia juga melangkah ke arah Zaqwan yang sedang duduk di sebuah meja yang disediakan di bahagian hujung kedai aiskrim itu.

Punyalah banyak kerusi meja dalam kedai ni, hujung juga yang dipilih.

"Okay, saya makan dulu boleh? Lepastu saya bagi awak. Hehe." Kata Haira dengan tangannya sudah sedia mengaut sesudu aiskrim di bekas berwarna merah jambu itu.

Zaqwan angguk sebagai jawapan. Ditenung sahaja muka gadis itu yang sedang makan aiskrim.

Apa yang ditenungkan pun tak tahu lah.

Zaqwan mengalihkan pandangannya cepat-cepat apabila Haira mengangkat kepalanya.

"Nah." Mangkuk aiskrim di tolak ke depan meja Zaqwan.

Zaqwan mengangkat keningnya. "Tak nampak ke tangan aku penuh pegang plastik ni?"

Haira mengeluh kecil. Haih, cakap bodoh marah.

"Letak lah dulu plastik tu Encik Zaqwan." Balas Haira dengan keluhan.

Zaqwan menggelengkan kepalanya. "Tak nak."

Haira berdecit kecil. Banyak karenah lah dia ni. Mengada betul.

"Habistu awak nak makan macam mana?" Soal Haira kebingungan.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now