Setelah satu jam memandu, Haira sudah selamat sampai ke rumah sewa yang didudukinya bersama Batrisya itu.
Keretanya diparkir di bawah garaj dan dia mengambil beg baju yang diletakkannya dia tempat duduk belakang sebelum dia mahu menerobos keluar.
Tiba-tiba notifikasi telefonnya berbunyi. Cepat-cepat dia capai telefon di dalam beg silangnya lalu di bawa keluar. Keluhan kecil terbit di bibirnya.
Lah, notifikasi dari Umobile rupanya. Tak guna betul.
Haira mengeluh panjang sekali lagi. Di fikirannya mungkin Akif yang whatsappnya. Tetapi jauh sekali anggapannya tersasar.
Manalah tahu nak tanya awak dah sampai ke? Dah makan ke? Take care ke apa. Tak ada. Haha.
Dia tutup semula telefonnya dan ingin bergerak keluar. Langkahnya terhenti lagi tatkala telefon dia berbunyi lagi sekali. Tetapi kali ini bukan notifikasi, malah panggilan telefon.
Haira apa lagi, cepat-cepat slide ke ikon hijau dengan gembiranya.
" Assalamualaikum Akif!" Semangat suaranya lengkap dengan senyuman manis di bibir itu. Sabar dik sabar.
Diam, tiada suara dari seberang sana.
Haira kebingungan dan melihat kepada skrin telefonnya semula. Ya Allah, nombor siapa ni?
Itulah, excited sangat nak angkat telefon sampai tak tengok siapa yang call.
Haira terus menekan button merah dan menamatkan panggilan telefon itu dengan cepat. Malaslah nak layan nombor tak kenal ni.
Entah-entah salah nombor ataupun nak jual Coway.
Dan lagi sekali, notifikasi whatsappnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali itu menerpa di ruangan chat.
Nombor yang sama seperti nombor yang telefon dia sebentar tadi.
011-12xxxxx
" Save, Zaqwan."
Terbeliak mata bulat Haira itu membacanya. Nasib baik tak block tadi.
Tapi jap, mana pula dia dapat nombor aku? Ish, ni mesti opah lah ni. Haih.
Chat itu dibiarkan bluetick selepas nama contact di set.
Haira melangkah keluar dari keretanya dengan keluhan kecil. Badannya terasa letih sekarang ini. Penat kerja pun tak habis lagi sebenarnya. Esok dah start pergi kampus. Dia akan incharge dalam program orientasi untuk pelajar Diploma semester 1.
Biasalah, bakal photographer berjaya. Haira mengambil jurusan fotografi bersama-sama Batrisya. Akif pula mengambil jurusan seni lukisan.
Walaupun mereka berlainan kos, tetapi mereka selalu membuat Assignment sekali. Sweet kan? Kau ada ? Tak ada sudah sila diam.
Haira melangkah ke dalam rumah selepas salam diberi. Usai pintu ditutup rapat, dia mengorak langkah ke ruang tamu dan terlihat Batrisya yang sedang baring di atas sofa sambil bercakap telefon.
Gelak, tersenyum-senyum, menepuk-nepuk bantal dan memintal-mintal hujung rambutnya sambil bercakap telefon itu. Sehinggakan Haira masuk pun tak sedar.
Bergayut dengan tunang dia lah tu. Untunglah eh. Mesti Zaqwan ni tunjuk sweet dia dekat Batrisya seorang je kan? Poyo betul. Menyampah.
Haira pergi ke arah Haira dan bercekak pinggang di depannya. Batrisya bangun dari perbaringannya lalu berdiri di hadapan Haira.
Barulah Batrisya sedar atas kewujudannya di dalam rumah itu. Tadi sibuk sangat OTP.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Teen FictionKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...