41

17.9K 709 20
                                    

Usai makan malam, mereka solat Isyak berjemaah bersama-sama di dalam bilik. Inilah kali pertama mereka solat berjemaah sebagai suami dan isteri.

"Assalamualaikum warahmatullah..

Assalamualaikum warahmatullah.."

Zaqwan mengusap mukanya dan mereka berdoa ringkas selepas solat.

Zaqwan memusingkan badannya ke arah Haira yang sedang menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Zaqwan mengoyakkan senyum segaris lalu memandang ke arah wajah Haira lama.

"Assalamualaikum makmum sayang." Zaqwan berkata dengan suara yang perlahan sambil memegang erat tangan isterinya.

Dahi isterinya dikucup lembut.

"Waalaikumsalam Imam Haira." Haira memandang ke arah suaminya dengan senyuman yang manis. Mata Zaqwan di cari.

Haira ingin melipat sejadahnya, tanpa disangka, tiba-tiba sahaja Zaqwan meletakkan kepalanya di atas peha Haira membuatkan gadis itu memberhentikan lipatan sejadah yang dia ingin lipat tadi.

Haira tergelak kecil. "Awak kenapa?"

Zaqwan berdengus kecil. " Who is awak?" Mata dijelingkan ke arah gadis itu.

Pandai jeling dah sekarang Zaqwan Adyyan ni. Haha.

Haira menghamburkan tawa. Kenapa tak ada siapa bagitahu Zaqwan Adyyan sangat gedik bila dah kahwin ni. Haih.

"Abang kenapa? Ngantuk ke? Tidur lah atas katil tu."

Zaqwan menggeleng. Pandangannya memandang ke wajah Haira yang masih bertelekung itu.

"Manja sayang aku tak?"

Haira terdiam. Haih soalan ni paling susah nak dijawab. Soalan maut orang kata.

"Tak." Balas Haira tersenyum senget.

Zaqwan mengangguk. "Oh. Tak apalah. Siapa jelah aku ni kan?" Zaqwan mencebik. Kepalanya dibenamkan ke dalam telekung Haira ketika ini.

Haira menyembunyikan tawanya dalam diam.

Zaqwan menyambung lagi. Matanya memandang ke wajah isterinya.

"Tapi tadi kan, ada orang nangis takut perempuan lain ambil aku dari dia. Aku pun tak tahu lah kenapa." Lelaki itu tertawa kecil.

Haira memukul dada Zaqwan lembut. "Ish, dah la. Janganlah sebut lagi. Malu lah Haira."

Haira terdiam. Pandangan dilemparkan ke tempat lain menahan malu.

Zaqwan tersenyum nipis melihat gelagat isterinya itu.

"Look at me, Haira Kairina." Zaqwan berkata dengan lembut di perbaringannya.

Haira perlahan-lahan menoleh ke arah Zaqwan yang sedang meletakkan kepala di atas pehanya itu.

Zaqwan memandang wajah Haira dengan  agak lama membuatkan Haira turut tertanya-tanya.

Tadi suruh pandang dia, lepas tu diam.

Zaqwan mengelus lembut pipi Haira membuatkan Haira mengerasa seketika.

Zaqwan mengoyakkan senyuman yang nipis. "I never expect that I'll see this view everyday."

Haira membalas dengan senyuman. Rambut suaminya itu dielus lembut dengan jarinya.

"Abang, Haira nak cakap sikit boleh?"

Zaqwan mengangguk.

Haira tersenyum nipis sebelum memulakan bicaranya. "Haira bersyukur Allah dah gantikan orang yang terbaik buat Haira and It's you."

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now