Haira membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Puan Sri Zakiah yang samar-samar itu sedikit demi sedikit kelihatan jelas di kornea matanya.
Badannya terasa amat sakit. Kedua-dua belah lengannya telah berbalut dan mukanya juga penuh dengan plaster.
Haira bangun perlahan-lahan, ingin duduk dari perbaringannya dengan bantuan Puan Sri Zakiah.
"Haira sayang, nah air." Puan Sri Zakiah menghulurkan segelas air yang telah dituang itu ke arah Haira.
Haira memandang ke arah Puan Sri Zakiah, Harraz dan Daniel yang turut ada disitu.
Masing-masing berpakaian baju kurung, baju melayu yang lengkap dengan songkok.
"Zaqwan mana?"
Semua isi bilik itu tersentak. Harraz memandang Haira dengan wajah yang sayu. Daniel juga masih menahan sebaknya daripada tadi.
Mereka sungguh terkilan kerana tidak dapat menguruskan pengurusan jenazah Zaqwan sepenuhnya kerana kereta rosak di tengah jalan membuatkan mereka bertiga lambat sampai ke tanah perkuburan.
Hanya sempat melihat pusara dan sedekahkan bacaan Yassin dan Al-Fatihah.
Mereka terasa sangat-sangat terkilan.
"Kenapa mama diam? Haira tanya Zaqwan mana? Haira nak Zaqwan. Haira sakit." Haira berkata dingin.
Mata Puan Sri Zakiah mula berkaca hebat. Perlahan-lahan air mata turun dari tubir matanya. "Haira sayang, jangan macam ni."
"Zaqwan mana! Haira nak Zaqwan!" Rayu Haira lagi.
"Zaqwan dah tak ada Haira. Dia dah tak ada." Balas Daniel dengan suara yang teramat sebak. Wajah Haira dipandang dengan mata yang berkaca.
Haira terdiam seketika. Lama dia terdiam.
Luka-luka di badannya di sentuh satu per satu. Tidak lama kemudian peristiwa tragis itu perlahan-lahan menerpa ingatannya.
Wajah Puan Sri Zakiah dipandang dengan air mata yang mula turun. "M-mama.. Zaqwan dah tinggal Haira ke?"
Puan Sri Zakiah terus memeluk Haira seerat-eratnya. Ubun-ubun Haira dikucup dengan perasaan yang sangat sedih dah sayu. " Ya sayang, dia dah tinggalkan kita semua."
Haira menangis buat seketika waktu di dalam dakapan ibu mertuanya. Tidak lama kemudian, Haira memegang perutnya.
"Kenapa perut Haira dah kempis? Mana anak Haira?"
Puan Sri Zakiah, Daniel dan Harraz berpandangan sesama sendiri.
Haira mula tidak tentu arah seolah-seolah mencari sesuatu disekelilingnya. "Mama, mana anak Haira! Kenapa semua diam!"
Klak!
Pintu dibuka dan seorang doktor melangkah masuk untuk memeriksa keadaan Haira ketika ini.
"Puan Haira? Dah bangun? Macam mana rasa keadaan badan sekarang?"
Haira memandang ke arah doktor itu dengan renungan yang tajam. "Doktor, anak saya mana?"
Doktor itu bertaut kening. "Puan Sri tak bagitahu lagi kepada Puan Haira?"
Puan Sri Zakiah menggeleng kepala dengan lemah.
"Bagitahu apa mama?" Haira soal ingin tahu.
"Anak puan tidak dapat diselamatkan. Hentakan yang terlalu kuat membuatkan jantung bayi di dalam kandungan puan sangat lemah. Kami terpaksa membuat pembedahan segera kerana bayi puan telah mati di dalam kandungan puan."
Hancur. Rapuh. Jeda.
Menggigil tubuh Haira ketika ini. Satu-satunya cahaya matanya dan Zaqwan juga telah pergi meninggalkannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Fiksi RemajaKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...
![ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]](https://img.wattpad.com/cover/318178400-64-k699832.jpg)