58

13.5K 562 98
                                    

Kini sudah seminggu Puan Sri Zakiah terlantar di hospital. Setelah diperiksa, syukurlah peluru hanya masuk di bahagian abdomen sahaja. Mujurlah tidak terkena di bahagian jantung.

Maka, Puan Sri Zakiah dapat diselamatkan. Tetapi, Puan Sri Zakiah masih di dalam fasa pemulihan, jadi dia masih perlu berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari semasa ke semasa.

Perlahan-lahan Puan Sri Zakiah membuka matanya yang telah lama tertutup. Sedikit demi sedikit wajah anak lelakinya memenuhi pandangan kornea matanya. Senyum segaris diterbitkan kepada Zaqwan dan tangan Zaqwan dipegang erat.

"Alhamdulillah, mama dah sedar. Lama Zaqwan tunggu." Pipi Puan Sri Zakiah dielus lembut dengan senyuman yang lega. Sudah 7 hari Zaqwan mengulang-alik hospital memantau Puan Sri Zakiah.

"Zaqwan, m-mama minta maaf." Dalam keadaan yang masih lemah, Puan Sri Zakiah bersuara dalam air mata yang turun perlahan dari tubir mata memandang ke arah Zaqwan.

"Shhh, It's not your fault mama. Don't think too much. Semuanya akan okay. Mama jangan risau ya? Zaqwan akan jaga mama sampai bila-bila. Perihal Tan Sri Malik, biar Zaqwan uruskan. Zaqwan akan cari dia sampai dapat."

Puan Sri Zakiah tersenyum walaupun matanya masih berkaca.
Hanya Zaqwan Adyyan yang ada dengannya sekarang dan selamanya. Hanya Zaqwan Adyyan harta dunia akhirat yang kekal abadi di dalam hatinya.

Puan Sri Zakiah memandang sekeliling wad itu seolah-olah mencari seseorang.

"Haira mana?"

Zaqwan tersenyum nipis. "Haira ada. Tapi dia jumpa Batrisya sekejap. Dia selalu juga datang sini jenguk-jengukkan mama. Zaqwan tak benarkan dia berjalan banyak sangat. Perut pun dah semakin bulat, Zaqwan risau kalau jadi apa-apa pada hero Zaqwan dengan mummynya."

"Kamu jaga dia baik-baik ya? Mama tak sabar nak tunggu cucu mama keluar." Walaupun dalam keadaan yang lemah, senyuman tidak lekang di bibir wanita ini. Di sudut hati kecil seorang ibu, dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu bakal terjadi kepada anak dan menantunya.

"Mama rehat ya? Zaqwan nak pergi kafe sekejap. Mama nak apa-apa?"

Puan Sri Zakiah menggeleng sebagai jawapan. "Pergilah. Mama nak rehat sekejap."

Zaqwan mengangguk ringkas dan melangkah keluar daripada wad mamanya.

Daniel sudah menunggu di kafe sejak tadi. Dia juga kerap menjenguk ibu saudaranya itu. Tetapi kehadiran dia ke hospital hari ini adalah untuk menyampaikan satu berita penting kepada Zaqwan.

"Ada apa nak jumpa aku?" Sapa Zaqwan lalu menarik kerusi sebelum punggungnya dilabuhkan.

"Aku nak cakap pasal Tan Sri Mikael."

Zaqwan terus menumpukan fokusnya kepada Daniel. Ya, dia juga masih buntu tentang kehilangan Tan Sri Mikael secara tiba-tiba sejak kejadian tembak-menembak tempoh hari.

"Dia dah mati. Mayat dia dijumpai di semak berdekatan rumah Makngah."

Zaqwan terdiam. Dia termenung lama cuba memproses apa yang Daniel sampaikan.

"Betul ke Danny?"

Perlahan-lahan Daniel mengangguk dalam senyuman. "Ya. Dia dah tak ada."

"Sekarang ni fokus kita hanya satu. Akif Hakimi."

_______________________________________

"Hai Batrisya. Ada apa nak jumpa aku?" Soal Haira sebaik sahaja dia sampai di restoran seperti yang telah dijanjikan oleh mereka berdua.

Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Batrisya sejak mereka pulang dari Jepun bersama-sama. Seolah-olah Batrisya membawa diri keseorangan tanpa berita. Dan hari ini, Batrisya telefon dirinya ajak berjumpa.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now