Apabila Haira keluar sahaja dari hospital, Opah Salmah mengeluarkan satu arahan bahawa Zaqwan tidak boleh berjumpa dengan Haira sehingga hari pernikahan mereka.
Biasalah pesanan orang tua-tua, tak elok kalau darah manis ni berjumpa selalu sebelum halal.
Haira sedang duduk di meja belajarnya sambil mengedit gambar-gambar perkahwinan customernya di laptop.
Biasalah, jurugambar berjaya. Agak busy.
Sedang dia menumpukan fokus di skrin, satu bunyi notifikasi menerpa ruangan pendengarannya.
Telefon terus dicapai.
Unknown Number
"Hey lady, how are you after you got bumped into my car? Feeling well,hm?"
"Just you wait, you're my last debt for me to settle it. I can't wait to ruin your life until your last breath. Happiness is not deserve for you."
"Congratulations in advance for your wedding with Zaqwan Adyyan by the way."
"I'll always be around you after this."
"Take care."
Jantung Haira mengepam laju. Hampir terhempas sahaja telefon itu ke lantai. Mujur sahaja dia mengawal dirinya.
"Arwah abah ada hutang dengan siapa-siapa ke? Abah jarang sekali mahu berhutang dengan orang. Kalau ada pun, cepat-cepat abah bayar." Bisik Haira sendirian mencari jawapan.
Atau mungkin ada hutang yang dia tidak tahu?
Mengabaikan semua itu, Dia terus ingin berlalu keluar dari biliknya untuk mengambil segelas air.
Tekak terasa pahit. Dahaga.
Setelah beberapa langkah dia menapak ke arah pintu, langkahnya terhenti apabila dia terdengar sesuatu dari tingkap biliknya.
Seperti ada sesuatu yang ingin membuka tingkapnya yang berkunci.
Tok.. Tok.. Tok..
Haira menggigit bawah bibirnya menahan rasa. Dada mula berombak kencang. Rasa takut mula menyelubungi diri.
Kenapalah waktu opah tidur lah macam-macam nak jadi. Tak kan lah pasal benda kecil nak kejut opah.
Apa kata dia hadap sendiri?
Dia berdiri tegak di tengah-tengah bilik itu tanpa bergerak. Tingkap itu dipandang tajam. Dia mahu tunggu apa lagi lepas ini.
Tingkap itu berbunyi lagi. Terangkat bahu Haira dibuatnya.
Haira menelan air liur yang terasa kesat di kerongkongnya.
Dalam keadaan takut-takut, dia memberanikan juga dirinya untuk melangkah menghampiri tingkap itu.
Apa nak jadi, jadilah. Dia mahu tahu siapa yang selalu mengganggu hidup dia sejak peristiwa itu.
Haira mencapai tualanya dan disarungkan ke kepala sebagai langkah berjaga-jaga agar auratnya tidak terdedah.
Dengan sekali tolakan, tingkap terbuka luas. Haira terus menjenguk kepalanya ke luar tanpa rasa ragu-ragu.
"Awak?!" Haira membuntangkan matanya dengan luas.
"Shhh, bising lah kau ni. Diam lah sikit, nanti opah bangun." Zaqwan Adyyan seakan berbisik dalam percakapannya sambil melihat ke kiri dan ke kanan.
"Lambat betul kau buka tingkap, penat lah aku ketuk." Zaqwan merungut.
Haira tergelak kecil."Mana lah saya tahu awak yang ketuk tingkap saya. Saya ingat siapalah yang datang malam-malam buta macam ni." Haira mencebik.
"Aku dah whatsapp kau. Online tapi tak balas. Aku kahwin dengan orang lain baru kau tahu." Zaqwan menjelingkan matanya ke atas.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Подростковая литератураKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...