9

15.5K 792 34
                                    

" Bangun." Kata Zaqwan senada sebelum tali pinggang keledarnya di buka. Dia bukan lelaki sweet talker. Nak gerak lemah-lembut bagai. Kalau boleh dia nak je tinggal Haira ni dalam kereta. Tapi tula, bahaya. Eh.

Haira masih tidur dengan lenanya. Zaqwan menoleh ke arah Haira dan tenung wajah lembutnya. Tudungnya sudah senget-benget dek kerana tidur di dalam kereta. Sudah tidak peduli untuk mahu menjaga imej kewanitaannya. Argh, dah ngantuk gila ada masa pula nak cover ayu bagai. Buang masa je.

Rambut yang terkeluar sikit di tepi tudungnya diselitkan berhati-hati oleh Zaqwan. Dah macam orang baru lepas gaduh dengan kucing.

Zaqwan mencapai telefon yang diletakkan di atas pehanya, lalu menekan kamera. Beberapa keping foto Haira yang berwajah inalillah itu diambil. Mana tahu, untuk kegunaan masa hadapan. Sediakan gambar buruk sebelum hujan.

Eh Haira ni. Ini kereta, bukan tempat tidur yang kau nak tidur sakan dalam ni. Dah macam anak dugong terdampar.

Kadang-kadang kakinya di letakkan di atas dashboard. Zaqwan yang sedang drive tadi hanya menggelengkan kepala. Extra betul perempuan ni. Campak dekat luar baru tahu.

Zaqwan menggerak-gerakkan sikit bahu Haira supaya dengan harapan dia terjaga. Tapi gagal. Tidur mati agaknya. Kalau bom meletop kat sebelah dia pun mesti tak sedar.

" Woi, bangun. Kau nak tidur dalam kereta ke?"

Kata Zaqwan dengan nada yang mendatar. Haira hanya berdecit kecil sebelum 5 jari ditunjukkan ke arah muka Zaqwan. Zaqwan berkerut dahi dan menepis tangan itu ketepi. Kenapa perempuan ni?

" 5 minit lah bro. Nak tidur ni."

Haira  memeluk tubuhnya dan sambung tidur dengan lenanya. Zaqwan menggerakkan bahu Haira lagi sekali membuatkan Haira merengek kecil.

" Eee, tak payah lah kacau. Awak drive jelah. Saya tengah mimpi Jungkook ni."

Zaqwan mengeluh kecil. Kalaulah aku dapat lempar perempuan ni dalam hutan amazon, aman hidup aku.

Nampaknya Zaqwan tiada cara lain.

" Manja... bangunlah. Aku tak nak teman kau dalam kereta ni."

Kata Zaqwan dengan nada yang lembut dan mendayu membuatkan Haira terus menegakkan badannya. Zaqwan hanya tersenyum senget ke arah Haira yang jelas muka baru bangun tidur. Buruk betul.

" Bangun pun. Ingat dah mampus dah."

Haira hanya diam dan menjeling matanya ke atas. Haira keluar dari kereta dengan wajah yang muncung. Paling pantang bagi diri dia bila tidurnya terganggu. Lagi-lagi diganggu oleh orang yang sangat dia menyampah itu. Mamat pelarian itu. Rasa nak langgar je pakai beca. Ish!

" Kalau ya pun kelam kabut, janganlah pakai kasut tu terbalik."

Zaqwan menyapanya dari belakang. Ya, Haira kalau bangun  tidur mengejut macam ni lah. Mamai teruk. Zaqwan hanya sembunyikan ketawa nya walaupun dalam hatinya ingin sahaja mencetuskan ketawa yang besar. Haira melihat ke arah kakinya. Ya, memang sah terbalik. Dah macam orang tak betul tepi jalan tu. Dengan tudung senget, kasut terbalik pula tu. Ya allah, malu gila!

" Awak ni boleh diam tak?"

Kata Haira sambil kasut di dalam tangannya dibaling ke arah Zaqwan sehingga terkena rambut mahalnya itu. Rambut dia jangan main-main, dia boleh berubah jadi singa jadian dalam sekelip mata.

Zaqwan menolak dinding pipinya dan merenung tajam ke arah Haira. Haira meneguk air liurnya beberapa kali apabila melihat perubahan di wajah Zaqwan itu. Ternyata Zaqwan sedang berjalan perlahan ke arahnya membuatkan hatinya berdegup kencang.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now