44

15.3K 611 22
                                    

Setelah dua bulan, esok merupakan hari dimana opah akan berangkat ke tanah suci Mekah.

Haira berada di dalam bilik opahnya membantu sedikit sebanyak untuk menyusun pakaian yang perlukan di sana.

Mereka berbual-bual kosong, bergelak-ketawa antara mereka melepaskan rindu yang terbuku setelah sekian lama tidak berjumpa.

"Haira." Opah Salmah merenung ke arah Zaqwan  yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu dari biliknya dalam senyuman nipis.

Haira hanya menunggu Opah Salmah menyambung percakapannya. Opah Salmah dan Zaqwan di pandang bersilih ganti.

Opah Salmah senyum segaris memandang ke arah Haira pula. "Zaqwan seorang suami yang bagus. Kamu bertuah dapat dia. Opah jamin, kamu boleh letakkan kepercayaan kamu dekat dia. Kamu boleh serahkan semua yang kamu ada bawah tanggungjawab dia. Dia seorang suami yang baik, sama macam arwah abah dia."

"Ingat, redha suami adalah redha Allah. Kamu jaga lelaki kamu luar dalam,kamu bagi dia bahagia memiliki kamu, syurga lah buat kamu Haira."

Haira mengangguk dalam senyuman nipis sambil tangannya ligat melipat helaian baju.

"Sudah sampai masa kamu kuatkan kasih sayang antara kamu berdua. Lelaki mana yang tak nak anak, Haira. Cuma dia hormat diri kamu sebagai seorang isteri. Nampak, betapa baiknya suami kamu. Dia sayang kamu Haira. Tapi, kamu jangan sesekali lupa tanggungjawab seorang isteri."

"Opah teringin nak tengok cicit opah. Kamu tak teringin nak jadi ibu?"

Haira tersentak. Terhenti tangannya yang sedang melipat kain serta-merta. Seolah-olah ada sesuatu meragut jiwa kecilnya ketika ini. Wajah Opah dipandang ragu-ragu.

"H-haira-"

Opah Salmah mengelus tangan Haira dengan lembut. Dia amat kenal cucunya. Dan dia juga seorang bidan lama, pasti dia tahu perihal luar dalam cucu perempuannya itu. Sedikit sebanyak dia dapat memahami apa yang Haira sedang harungi.

"Opah makan garam lagi dari kamu Haira. Zaqwan seorang  suami terbaik yang Allah hantar untuk jaga kamu. Jadi ini tugas kamu untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk dia."

"Kamu ingat pesan opah. Opah cakap aje, kalau kamu masih tak boleh, itu hak kamu. Tapi ingat, laki kamu tu baik, kamu nak hilang dia?"

Haira tersentak lagi. Mana mungkin dia mahu hilang orang yang dia cinta dan sayang untuk kali keduanya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia menyayangi seorang Zaqwan Adyyan ketika ini tetapi tidak terungkap oleh kata-katanya.

"Jadi, fikir-fikirkan lah. Tu suami kamu, hak kamu. Kamu hak dia, dia hak kamu. Kamu berdua dalam kehidupan kamu berdua sendiri. Buat lah apa yang boleh membuatkan masing-masing bahagia."

" Ingat, opah tak akan selalu ada dengan kamu, opah dah tua. Tak lama lagi, tempat tidur opah bukan atas katil. Tetapi dekat bawah tanah."

Haira mengesot sedikit menghampiri opahnya. Tubuh kecil Opah Salmah dipeluk erat. "Opah janganlah cakap macam tu."

Opah Salmah mengucup dahi cucunya dengan senyuman nipis. Tangan Haira digenggam di dalam genggaman kecilnya.

"Lagi satu, kadang-kala orang yang dekat dengan kita boleh jadi musuh. Jangan percaya siapa-siapa pun ya?"

Opah Salmah memandang Haira dengan lama, tanpa sedar air mata turun dari tubir mata kecilnya. Perlahan-lahan Haira menyeka air mata Opah Salmah yang menitis hingga ke dagu.

"Opah sayang kamu. Jaga diri ya?"

Haira mengoyakkan senyuman nipis. Tubuh Opah Salmah dipeluk erat di dalam dakapannya. "Haira pun sayang opah. Nanti balik daripada Haji, opah cerita lah semuanya dekat Haira. Haira nak tahu juga pengalaman Opah pergi tanah suci Mekah. Mesti seronok!"

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now