Daniel tercungap-cungap berlari ke arah rooftop untuk mendapatkan Zaqwan.
Terlihat Zaqwan sedang berdiri di hujung sana seorang diri. Tanpa berfikir panjang, Daniel terus berlari ke arah Zaqwan.
"Zaqwan." Panggil Daniel senada. Tanpa sahutan, Zaqwan ingin berjalan pergi tetapi lengannya di tahan kemas oleh Daniel.
"Bukan aku." Rayu Daniel lagi sekali.
"Lepaslah." Dengan kasar Zaqwan menepis tangan Daniel daripada memegang lengannya itu.
Perlahan-lahan Zaqwan memalingkan tubuhnya. Tangan di masukkan ke dalam poket. Rambut disebak ke belakang dengan mata yang tajam merenung Daniel ketika ini.
Chewing gum yang dikunyah di mulutnya di ludah ketepi sebelum tubuh Daniel ditolak ke dinding dengan kasar sehingga tersentak tubuh Daniel ketika ini menerima hentakan yang kuat daripada sepupunya yang sudah mula hilang kawalan.
"Semua orang sama. Berlagak baik depan aku. Padahal setan. Apa yang kau tak puas hati dengan aku Daniel?"
Daniel menepis tangan Zaqwan yang memegang kemas kolar bajunya dengan kasar untuk melonggarkan pegangan kuat daripada tangan kekar Zaqwan ketika ini.
"Kau bodoh Zaqwan. Kau bodoh. Tak reti kawal diri bila marah. Ikutkan hati, kau memang nak bunuh je aku kan?" Soal Daniel ingin tahu. Dia juga bengang dengan sifat Zaqwan ketika ini.
Saat orang yang dia sayang disentuh, dia akan hilang kawalan. Tidak kira kau siapa.
Itulah Zack. Inilah sisi Zack yang lama disorokkan dan dikawal sejak dahulu lagi. Tetapi, sifatnya yang ini bakal keluar tidak lama lagi sekiranya perkara ini semakin berlarutan.
"Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Cakap dengan aku. Tapi jangan sentuh orang yang aku sayang. Hadap aku. Bukan kacau aku. Pengecut." Balas Zaqwan dingin. Matanya tajam merenung ke arah mata Daniel.
Daniel tersenyum senget. "Bodoh. Kau bodoh. Tu je aku mampu cakap dekat kau."
Zaqwan mengetap rahangnya dengan kuat. Genggaman penumbuk dikemaskan.
Dush!
Terjatuh Daniel ke lantai. Zaqwan melututkan kakinya di antara tubuh Daniel dan mencengkam kolar Daniel dengan kuat.
"Aku percaya kau Daniel. Apahal kau sial sangat sampai sanggup buat aku macam ni sial?!" Suaranya mula naik seoktaf. Matanya mula memerah dengan air mata mula bertakung.
"Kalau kau tak percaya aku. Kau bunuh je aku. Sekarang." Pisau lipat dari poketnya dikeluarkan dan dihulurkan ke arah Zaqwan.
Melihat Zaqwan hanya diam memandang pisau itu, dia mengambil tangan Zaqwan lalu meletakkan pisau itu di atas tapak tangannya lalu sahaja dihulurkan tepat ke lehernya ketika ini.
"Bunuh aku! Kalau kau dah hilang kepercayaan dekat aku yang selalu ada dengan kau sebab perempuan, bunuh aku Zaqwan. Kill me!" Daniel mula bengang. Air matanya mula turun dari kolam matanya setelah lama ditahan.
Zaqwan hanya berdiam. Tidak bergerak. Di pandang sahaja muka Daniel ketika ini.
Dia bangun dari melutut dan terduduk di atas lantai. Rambutnya disebak ke belakang, mukanya di raup lalu air mata juga turun dari kolam matanya.
"Aku penat Daniel, aku penat. Aku tak tahu. Aku buntu. Tolong cakap dengan aku. Kau ke yang buat?" Dalam sebak dia berkata. Jelas mukanya sedang serabut.
Daniel bangun dan duduk di hadapan sepupunya itu. "Bukan aku. Percayalah."
Zaqwan menggenggam rambutnya kasar dan mula mengeluh kecil. "Aku penat. Aku tak nak jadi diri aku yang dulu, Daniel. Aku tak nak sakitkan orang. Tapi cara orang sekeliling memang tengah mencabar aku. Aku minta sangat, jangan cabar aku. Jangan sentuh orang yang aku betul-betul sayang."
ANDA SEDANG MEMBACA
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
JugendliteraturKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...
![ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]](https://img.wattpad.com/cover/318178400-64-k699832.jpg)