Setelah semuanya selesai, semua orang berpusu-pusu keluar daripada masjid yang tersegam indah itu.
Begitu juga pengantin baharu, mereka juga berjalan keluar bersama-sama daripada masjid itu setelah semuanya selesai.
"Jom." Zaqwan menyatukan jari-jemarinya bersama tangan Haira untuk melangkah ke kereta setelah kasut masing-masing dipakai.
"Eh awak kenapa-" Haira menarik tangannya laju daripada pegangan Zaqwan membuatkan lelaki itu berkerut dahi lalu wajah isterinya itu dipandang.
Haira terkebil-kebil memandang suaminya. Macam tengok hantu.
Zaqwan mengeluh dalam senyuman yang nipis.
Dia mendekatkan dirinya dengan Haira lalu berbisik di telinga gadis itu membuatkan Haira mengeras seketika.
"Kita dah halal, sayang. Janganlah takut." Kata Zaqwan lembut berbisik di pendengaran isterinya. Bukan apa, dia mahu Haira terasa biasa apabila berada dekat dengannya.
Haira terkedip-kedip memandang suaminya itu sebagai respons. Tidak terkeluar suaranya untuk memberikan jawapan.
Jantung mula berubah rentak mendengar suara serak basah Zaqwan yang menerpa pendengarannya ketika ini. Air liur beberapa kali ditelan menahan debaran.
Sabar Haira sabar.
Zaqwan menghulurkan tangannya ke arah Haira lagi sekali dengan senyuman.
Haira hanya merenung tangan itu dan wajah Zaqwan bersilih ganti. Dia sangat tidak biasa untuk semua ini.
"Pegang tangan aku,hm?" Pujuk Zaqwan tenang dengan tersenyum nipis memandang gadis itu.
Haira mengambil nafas yang panjang.Matanya di pejam erat sebelum memandang semula ke arah suaminya.
"Haira, bertenang. Dia suami kau yang sah." Bisik Haira di dalam hati kecilnya.
Dengan perlahan-lahan, Haira menyatukan tangannya bersama Zaqwan.
Jari-jemari Haira digengggam kemas di dalam pegangan lelaki itu membuatkan Haira mengangkat wajahnya memandang Zaqwan. Inilah kali pertama dia bersentuhan dengan lelaki.
Dan kali ini, lelaki yang sah menjadi suaminya. Perasaan amat lain sekali.
Rasa selamat.
"That's my baby girl." Hidung Haira dicuit sekilas membuatkan Haira terbeliak matanya. Reaksi Haira cukup membuat Zaqwan tergelak kecil melihat reaksi isteri comelnya ini.
Haira bukan tak bersedia untuk hari pernikahan ini, tetapi perubahan sifat Zaqwan yang mendadak membuatkan dirinya rasa lain.
Rasa Zaqwan sangat-sangat melayannya lain dari yang lain.
Sedang mereka melangkah ke kereta yang diparkir tidak jauh dari situ, ada suara seorang perempuan membuatkan semua orang mengalihkan pandangan ke suara itu.
"Haira Kairina!"
Terbuntang mata Haira apabila melihat Batrisya yang sedang menapak laju ke arahnya seperti singa yang mahu menerkam mangsanya.
Zaqwan terus menarik Haira untuk berdiri di belakangnya tanpa berfikir panjang.
"Duduk belakang aku."
Haira menggenggam belakang baju Melayu Zaqwan dengan erat.
Matanya hanya memandang ke arah Batrisya yang sudah selamat berdiri di hadapan Zaqwan ketika ini. Pelbagai persoalan terbit di fikirannya.
Kenapa dia ada dekat sini ?
Zaqwan memberi pandangan yang tajam kepada Batrisya. Perempuan ini tidak seharusnya berada di sini.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Подростковая литератураKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...