4

18.4K 812 44
                                    

"Eh manja, nak pergi mana? Udah malam bebenor ni." Opah menegur cucunya yang baru keluar dari bilik tidurnya.

" Lah, nak balik lah opah. Opah kan dah ada cucu baru, suruh lah dia temankan. Siapa je lah kita ni kan? Hm. " Jawab Haira sambil menyilangkan tangannya di dada.

Opah hanya menggelengkan kepala. Kalau aku dapat pelangkung kepala budak ni kan bagus. " Aku tak kesah lah manja, tapi udah malam sangat ni. Rumah kamu tak ada elektrik kan? Kamu tu dalam gelap bukannya boleh."

Haira tersenyum. " Dah ada dah kot opah. Ala tak apa, orang okay je. orang janji orang balik terus, tak pergi mana-mana."

Opah mengeluh. " Aku tahu la, tapi nanti kalau jadi apa-apa macam mana? Esok tunang sepupu kamu tau? Ish dah nak pukul 10 ni, masuk jelah tidur. Kamu jangan degil cakap opah, opah suruh pocong teman kamu naik kereta kang."

Haira muncung. Ish opah ni. Main pocong-pocong pulak dah. " T-tapi-"

" Tidur je sini." Ada satu suara garau menerpa ruangan pendengaran mereka. Ya, Zaqwan. Tah dari mana dia muncul dengan seluar tracksuit dan jersey yang di pakai lengkap di tubuhnya. Dah apahal dia ni?

" Eh Kenapa pulak. Saya kan nak balik. Biar lah saya nak balik. Tak mahu saya duduk dalam rumah ni, lagi-lagi ada awak." Haira mencebik sambil menjeling matanya ke atas.

Zaqwan merenung tajam ke arah Haira. Perempuan ni memang banyak cakap ke? Macam mak nenek. "Opah, tadi orang kampung cakap kat Zaqwan dekat jalan kubur tu ada accident. Kawasan tu memang keras kan opah? Ada lah budak-budak rempit nampak pocong berguling-guling tengah malam semalam. Kan opah kan?" Matanya dikenyit ke arah opah membuatkan opah tersenyum senget lalu memandang wajah cucunya.

" Haah la Zaqwan. Mak Biah baru kabor kat opah tadi. Uish, takut bebenor aku dengor."Cerita opah semangat bagi mewujudkan cerita yang tidak ada. Mantap lah opah. Support member betul.

Haira telah diam. Dalam banyak-banyak hantu, hantu pocong lah yang dia paling tak mahu jumpa. Seram siut!

" Ish, yelah! Esok pagi orang balik eh nak ambil barang, lepastu orang datang sini balik tau?" Jawab Haira kepada opahnya.

" Ish, tapi bosan lah. Kat rumah Haira boleh jugak nak layan Netflix ke apa. Kat sini ada apa? Opah pun tidur awal, bukan nak layan Haira pun. Hmph." Haira mencebik.

" Eh Zaqwan,kamu nak kemana?" Tanya opah kepada Zaqwan yang melangkah ke arah pintu keluar itu. Zaqwan menoleh ke arah opah dan tersenyum nipis. " Zaqwan nak joging jap opah. Dalam sejam macam tu, Zaqwan balik."

Opah nya mengangguk. " Ha, manja. Pergi lah ikut Zaqwan joging. Kamu kata kamu bosan. Boleh lah turunkan lemak-lemak di pipi gebu kamu tu sikit. " Usik opah sambil mengupas kuaci dibibirnya.

Zaqwan hanya tersentak seketika dengan percakapan Opah Salmah itu. Bawa perempuan itu pergi joging? Gila lah.

" Boleh ke Zaqwan?" Tanya opah lagi sekali membuatkan Haira dan Zaqwan berpandang-pandangan seketika. Lah pandang-pandang pulak korang.

" Hm." Jawab Zaqwan sepatah sebelum dirinya menerobos keluar dari muka pintu.Dia menyarungkan kasut Nikenya dan duduk di pangkin rumah sementara menunggu Haira bersiap. Ikutkan hati, ingin saja dia tinggalkan perempuan itu. Tidak pernah-pernah dia berjoging bawa teman. Tetapi disebabkan opah yang memberi arahan, memang tiada bantahan yang terbit dari bibirnya.

Setelah puas Zaqwan membelek aplikasi di dalam telefon pintarnya,dari aplikasi Whatsapp, Tiktok, Instagram dan berakhir di galeri, kepalanya ditoleh ke arah pintu yang dikuak dari dalam. Terpampang tubuh Haira yang hanya mengenakan baju jersey dan bawal hitam.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now