Kini kandungan Haira sudah berusia 6 bulan. Begitu cepat masa berlalu.
Alhamdulillah, Zaqwan jaga dia sangat baik sekali. Buat kerja rumah tak boleh, tu tak boleh. Semua tak boleh. Kalau mengidam apa-apa pun tak pernah tak dapat.
On time sampai depan muka.
Zaqwan pun kerap mengambil cuti untuk menjaganya di rumah. Tan Sri Mikael dan Puan Sri Zakiah juga kerap menjenguk Haira di rumah. Maklumlah, bakal menimang cucu pertama.
Jantina bayi pun sudah ditentukan mengikut pemeriksaan doktor.
Alhamdulillah, Zaqwan's junior is coming.
Seronok sungguh Zaqwan apabila mendapat tahu jantina bayi itu. Ada geng nak main pedang-pedang katanya.
"Mana Zaqwan ni?" Haira daripada tadi tercari-cari di manakah susuk tubuh Zaqwan di rumah ini. Tadi dia ada masuk bilik ambil sesuatu, lepas itu tak nampak batang hidung dah.
"Abang!" Laung Haira memanggil suaminya itu.
Setelah segenap sudut rumah Haira mencari, akhirnya langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu di bilik dobi rumah mereka.
"Eh abang buat apa? Haira dah basuh kain dah tadi." Soal Haira kebingungan. Haira sudah mencuci pakaian awal pagi tadi sebelum Zaqwan bangun dari tidur. Kalau tak, memang susah untuk dia buat kerja rumah, asyik tak boleh je.
Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa Zaqwan tidak mengupah orang gaji.
Because he trust no ones.
"I am washing our baby cloth lah sayang. Nanti senang, dah kering terus lipat and susun dalam bilik hero kita tu." Zaqwan sedang mengasing-asingkan baju bayi lelaki yang telah dibeli olehnya dengan Haira dua hari lepas.
Untuk bayi kali ini, Zaqwan yang lebih menunjukkan lebih sikap kebapaannya berbanding si ibu yang mengandung.
Dia selalu membaca artikel mengenai bayi, cara menjaga bayi dan kadangkala dia selalu bertanya kepada mamanya perihal bayi.
Bilik anak mereka yang bakal lahir itu sudah dihias cantik oleh Zaqwan seorang diri.
Zaqwan sangat tidak sabar mahu menimang cahaya mata pertamanya.
Haira menarik kerusi dapur dan melabuhkan punggungnya sambil memerhati sahaja suaminya yang sedang sibuk membasuh pakaian bayi kecil itu dengan penuh hemah.
Bukan basuh pakai mesin, malah pakai tangan.
He will be a good father soon, very sure.
"Abang, Haira nak cakap sikit boleh?" Kata Haira lembut sambil mengusap-usap perutnya yang membesar itu.
Zaqwan menoleh ke arah Haira dengan wajah yang senyum. " Sayang mengidam apa-apa ke? Nak makan apa?"
Haira menggeleng dalam ketawa. Dah masuk fasa 6 bulan mengandung ini, semakin kurang rasa mengidam terhadap makanan yang sedap-sedap. Tiba-tiba dia rasa menginginkan sesuatu yang lain apabila menonton rancangan televisyen tadi.
"Abang, Haira nak..." Haira bermain-main dengan jari-jemarinya. Bibir wajahnya digigit menahan debar untuk meminta apa yang telah dia idamkan dalam diam.
Zaqwan membasuh tangannya lalu mengorak langkah ke arah Haira. Kerusi ditarik lalu dia duduk di sebelah isterinya.
"Sayang nak apa? Nak donut? Nak Kunafa? Nak Kitkat? Nak Oyster? Cakap je. Aku pergi cari,hm?" Balas Zaqwan prihatin.
Haira menggeleng. "B-bukan. H-Haira nak..."
Zaqwan tersenyum senget. "Nak peluk aku ke sayang? Oh boleh je, come." Tangannya mendepa luas untuk memeluk tubuh si isteri.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Подростковая литератураKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...