5

16.8K 783 89
                                    

Suasana riuh-rendah sedang memenuhi ruang perkarangan rumah Mak Biah iaitu ibu kepada Batrisya. Hari ini merupakan hari pertunangan Batrisya. Batrisya sudah bersiap cantik di hadapan cermin dengan lengkap berbaju kurung putih dan bersolek ringkas. " Mana Haira ni? Beria nak teman aku dalam bilik bagai, sampai sekarang tak muncul-muncul. Janji Melayu betullah." Bebel Batrisyia sendirian.

" Manja, lekas lah! Batrisya mesti udah tunggu kamu tu. Lambat bebenor lah kamu ni." Laung Opah Salmah dari ruang tamu. Haira ni kalau dapat bersiap, pergh. Macam dia pulak nak bertunang. Lambat betul.

" Ya, opah. Orang dah siap dah ni. Cantik tak?" Dia keluar daripada biliknya lalu memusingkan badannya kekiri dan kekanan di hadapan opahnya. Senyuman manis tidak lekang dari bibir merah jambunya .Macam budak-budak baru dapat baju baru.

" Iya, cucu opah memang cantik." Jawab opah Salmah sepatah sebelum opah bangun dari duduknya.

"Jom, kita dah lambat dah ni."

" Eh, kenapa awak ikut sekali Zaqwan?" Soal Haira kebingungan. Setahu dia, Zaqwan ni orang luar. Dah kenapa pula dia mahu sertai majlis keluarga ni?

" Dah orang jemput aku, tak kan lah aku tak pergi pula, kan manja?" Jawab Zaqwan sepatah. Okay, semalam dia kalah lumba lari, sebab tu lah tak pasal-pasal kena panggil manja oleh Zaqwan.

" Ish, sibuk je. Jom lah opah." Haira menarik lengan opahnya ke pintu dengan wajah yang cemberut.Sedang Haira memimpin opahnya ke muka pintu, tiba-tiba opah memberhentikan langkahnya. Zaqwan dan Haira berpandangan seketika. Kenapa pula opah? Tadi kata dah lambat?

" Manja, kamu sabor jap. Aku sakit perut la. Aku nak ke tandas sekejap." Opah Salmah mencampakkan beg tangannya di atas kerusi dan berlari-lari anak ke dapur. Comel betullah opah Haira ni.

" Duduk dululah manja. Yang kau tercegat kat situ apahal." Kata Zaqwan sambil berjalan ke arah kerusi di ruang tamu semula. Haira juga mengambil tempat duduk di atas sofa dan mengeluarkan telefonnya untuk mengelakkan diri daripada bercakap dengan Zaqwan kerek tu. Macam biasa, dia akan membalas satu dua chat di whatsappnya kemudian scroll Instagram, tiktok dan ulang. Keluhan kecil terbit di ruang bibirnya.

" Tunggu Akif chat dia lah tu." Zaqwan cakap selamba membuatkan Haira mengangkat kepalanya untuk menoleh ke arah Zaqwan yang juga kusyuk bermain telefonnya. " Ish, sibuk je awak ni."

Dia kembali merenung skrin telefon pintarnya itu. Ya, tekaan Zaqwan itu tidak salah. Dia menunggu Akif. Akif yang dahulunya selalu meluangkan masa dengannya telah berubah. Makin lama, Haira berasa terpinggir. Bukan dia tidak mahu memahami kerja Akif, tetapi kadangkala terbit rasa kosong di dalam hati kecilnya. Matanya berair. Air mata tunggu saat sahaja mahu terjun dari kolam matanya yang bulat itu. Tetapi diseka pantas oleh jarinya. Kenapa nak nangis sebab dia? Rosak mascara aku je.

Haira menongakkan kepalanya untuk memandang Zaqwan. Akif merupakan sahabat baik Zaqwan. Mungkin dia boleh tolong menegur Akif untuknya?

" Awak."

Panggil Haira senada membuatkan Zaqwan menutup telefon pintarnya lalu meletakkannya di atas meja kopi. Wajah Haira dipandang. "Nak apa?"

Haira teragak-agak untuk bercakap perihal ini dengan Zaqwan. Tengoklah, baru panggil nama pun nak marah. Datang bulan ke dia ni?

"Akif tu, dia memang busy sangat ke?" Soal Haira ingin tahu. Yela, Zaqwan tu kan BFF Akif, mestilah dia tahu.

Zaqwan hanya mengangkat bahu sebagai jawapan. " Aku bukan Akif. Mana lah aku tahu." Jawabnya ringkas. Haira hanya mengeluh kecil lagi sekali. Malas nak bertikam lidah dengan sikap Zaqwan yang meminta penampar tu kadang-kadang.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now