40

22.7K 852 51
                                        

"Barang semua kau dah kemas kan?"

Haira mengangguk sebagai balasan. Beg bagasi masing-masing dan beberapa beg kecil telah tersusun di tepi pintu.

Barang-barang semua sudah dikemas sehari sebelum hari pernikahan mereka lagi. Usai sahaja majlis akad nikah, Haira akan balik ke rumah Zaqwan atas permintaan Zaqwan sendiri.

Zaqwan mengatakan bahawa buat sementara waktu, dia dan isterinya akan menginap di rumah Puan Sri Zakiah.

Lagipun mulai esok, Opah Salmah mula sibuk dengan kursus Haji dan Umrah. Dia akan menginap di rumah adiknya di Cheras buat sementara waktu.

Jadi ada baiknya Haira balik sahaja ke rumah Zaqwan.

Syukurlah, Opah Salmah juga bersetuju dengan permintaan Zaqwan itu.

"Opah, Haira pergi dulu tau. Opah jaga diri. Bila-bila nanti Haira dengan Zaqwan datang jenguk opah. Jaga diri dekat Cheras, apa-apa telefon Haira ataupun Zaqwan ya?"

Opah Salmah dipeluk erat ke dalam dakapannya. Haira kini sudah menjadi isteri orang. Masa untuk dia luangkan bersama opah kesayangannya akan tidak sama seperti dahulu lagi.

Semuanya bakal berubah.

Opah Salmah tersenyum sayu. Pipi Haira dielus lembut. Tidak dapat dinafikan bahawa Opah Salmah turut merasa sedih apabila cucu kesayangannya sudah menjadi hak milik orang.

Tapi ini semua adalah untuk kebaikan cucunya. Dia tahu apa yang Haira tidak tahu. Lebih baik sahaja dia berkahwin.

"Cucu opah dah kahwin. Dah jadi isteri orang. Jadilah isteri yang baik untuk Zaqwan. Jangan derhaka kepada suami. Dengar cakap suami. Insyallah, rumah tangga akan kekal hingga jannah."

Haira dan Zaqwan hanya mengangguk sambil tersenyum ringkas. Mereka saling berpandangan dalam senyuman yang nipis.

"Opah, kami pergi dulu ya? Nah." Dalam salaman Zaqwan kepada Opah Salmah itu, dihulurkan satu sampul surat berwarna putih kepadanya.

Opah Salmah memegang sampul surat itu dengan wajah yang bingung.

Agak tebal.

Opah Salmah membuka bukaan sampul surat itu perlahan-lahan untuk melihat isi di dalamnya.

Terlihat banyak kepingan duit berwarna ungu.

"Ya Allah, apa ni Zaqwan? Ish, nah ambil balik." Sampul surat itu dihulurkan kepada Zaqwan. Opah Salmah tidak mahu mengambilnya, terlalu banyak dan tiada sebab untuk dia mengambilnya. Duit yang dia ada sudah serba-serbi cukup.

Zaqwan mengelus lembut tangan Opah Salmah. Sampul surat yang tebal itu kembali diletakkan di atas tapak tangan Opah Salmah.

"Rezeki kahwin, opah. Zaqwan dapat jual lukisan yang paling mahal dekat galeri Zaqwan. Ambillah opah.  Lagipun ini tanda terima kasih sebab dah jaga Haira selama ni. Sekarang, Zaqwan pula akan ambil alih tanggungjawab untuk jaga cucu opah. Opah janganlah tolak."

Haira menyelit dalam senyuman. "Ambil lah opah, boleh beli gelang emas banyak-banyak.

Opah Salmah tersenyum manis. Wajah Zaqwan dan Haira di pandang bersilih-ganti.

Dia memang memiliy cucu menantu yang tepat untuk Haira Kairina. Dia tidak tersalah pilih.

Untung cucunya dapat menjadi isteri kepada Zaqwan Adyyan.

"Terima Kasih banyak lah Zaqwan. Jadi suami yang baik ya? Jaga dia elok-elok. Kalau ada masalah, bincang. Jangan bermasam muka sampai berhari-hari. Banyakkan bertolak ansur ya? Percaya antara satu sama lain. Dugaan orang yang sudah berkahwin ni lagi mencabar."

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang