49

15.2K 668 102
                                    

Haira sedang di dalam bilik duduk di hujung katil. Dia mencuci lukanya sendirian tanpa meminta bantuan sesiapa.

Kesan jahitan di lengannya masih terasa sakit dan pedih. Walaupun dia tidak tahan menahan sakit kerana mencucinya dengan sendiri, tetapi dia sanggup bertahan.

Klak!

Tubuh Haira tersentak seketika apabila terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Kelihatan Zaqwan sedang melangkah menghampirinya.

"Sayang, kenapa tak panggil aku?" Kapas di tangan Haira direntap oleh Zaqwan. Zaqwan terus melabuhkan punggungnya disebelah Haira.

Kapas kembali dirampas daripada tangan Zaqwan. Zaqwan tersentap seketika dengan kelakuan Haira yang Zaqwan sendiri tidak tahu apakah puncanya. "Tak payah. Haira boleh buat sendiri."

Zaqwan mengeluh kecil dalam senyuman yang nipis. Perasaannya yang agak terguris itu diabaikan seketika. Kapas baru diambil lalu diletakkan ubat antiseptik semula. Tangan Haira yang sedang mencuci lukanya sendiri di tepis perlahan. Zaqwan cuba untuk memandang wajah si isteri, tetapi Haira sendiri mengelakkan wajahnya untuk memandang dirinya.

Zaqwan memandang Haira dengan wajah yang redup. Dihabiskan dahulu perbuatannya mencuci luka isterinya sebelum dia bersuara. Pelbagai spekulasi timbul di dalam benak fikirannya. Haira tidak pernah berkelakuan sebegini.

"Haira, look at me." Dingin sahaja Zaqwan bersuara.

Haira hanya membiarkan panggilan itu seperti angin lalu.

Zaqwan memejamkan matanya erat menahan sabar. Cukuplah dia sudah cukup serabut dengan apa yang telah terjadi, janganlah isterinya membuat dirinya sebegini.

"Haira Kairina, I'm talking to you. Look at me!" Suara Zaqwan mula naik seoktaf secara tidak sengaja.

Terhenjut bahu Haira akibat jerkahan itu. Tanpa berfikir panjang, Haira terus bangun dari duduknya lalu ingin melangkah keluar daripada bilik itu.

Mungkin kecewa. Tidak pernah-pernah Zaqwan meninggikan suaranya. Dan mungkin bertambah kecewa kerana hatinya sedang diselubungi sesuatu yang tidak pasti.

Zaqwan yang melihat Haira yang ingin melangkah laju ke arah pintu, serbasalah terbit di jiwanya. Dia terus bangun dari duduk lalu mengatur ke arah Haira.

Tangan Haira disambar cepat untuk memberhentikan langkah gadis itu. "I'm sorry. Please, talk to me."

Haira seperti terpasak di atas lantai tidak bergerak. Air mata yang ingin turun itu ditahan sebaik mungkin supaya tidak turun.

Zaqwan mengeluh kecil. Dia memandang ke arah Haira sayu dengan perasaan yang dia sendiri tidak tahu apakah punca Haira berkelaluan sebegini.

Perlahan-lahan tubuh Haira dipusingkan menghadap dirinya. "Look at me. I'm begging you."

Haira mengangkat wajahnya memandang ke arah Zaqwan yang sedang menikam wajahnya sayu dengan pandangan redupnya. Sempat dia mengerling ke arah tapak tangan  Zaqwan yang dibaluti itu.

Disebabkan jawapan yang dia mahukan masih tergantung, maka dia mengambil keputusan untuk tidak bertanya langsung perihal balutan luka di tangannya itu.

"Sayang, tell me what I already done to you. Kenapa tak nak cakap dengan aku?" Lembut sahaja nada Zaqwan melemparkan kata.

Haira tersenyum senget dalam tangisan. Wajah Zaqwan dipandang lama dengan kolam mata yang mula bertakung hebat. "Abang tipu Haira."

Zaqwan tersentap. Perasaannya diselubungi kekeliruan yang kita bercambah. "Aku tipu apa? Tell me."

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now