16

15.5K 921 66
                                    

"Boboy."

Sapa Puan Sri Zakiah kepada anak terunanya yang sedang duduk termenung di dapur itu.

" Ye mama? Need something?" Tanya Zaqwan lembut sambil tersenyum ke arah mamanya. Air koko di cawannya di hirup perlahan.

" Sampai bila boboy nak macam ni dengan ayah?"

Soalan Puan Sri Zakiah memudarkan senyuman di bibirnya. Sebut sahaja mengenai ayah tirinya itu, hilang semua mood seharian.

" Ayah? Tsk, dia bukan ayah Zaqwan. Dan sampai bila-bila dia bukan ayah Zaqwan." Zaqwan balas dengan nada yang mendatar. Rambutnya disebak ke belakang dan nafas dihela berat.

Puan Sri Zakiah hanya mengeluh panjang. Hubungan Zaqwan dan ayah tirinya sangat tidak baik sejak dia berkahwin dengan Tan Sri Malik itu. Zaqwan tidak pernah bercakap dengan baik dengan ayah tirinya itu. Ada saja yang tak kena. Kalau boleh dia elak dari bersua muka, dia akan elak.

" Zaqwan tak nak bermasam muka dengan mama. So, please don't ask me that question ever again." Zaqwan berkata dingin.

Puan Zakiah mengelus lembut rambut anak terunanya itu.

" Mama tak pernah percaya cakap Zaqwan from the start. Kalau dia tu baik, dia tak rampas mama dari kawan baiknya dia sendiri, which is my own father. Arwah abah Zaqwan sendiri. Atas alasan nak jaga mama konon, tak payah bising lah. Semua tu tipu. Mata duitan semuanya." Zaqwan kata mendatar. Jelas dia amat benci dengan bapa tirinya itu.

Zaqwan sangat tegas dalam percakapannya. Dia sangat sayang akan Puan Sri Zakiah. Tetapi keadaan memaksanya menjadikan dia berhati keras sebegini.

Puan Sri Zakiah mengeluh kecil. Cakap dengan Zaqwan Adyyan ni, mana pernah boleh menang. Ada je jawapan dia.

"Mama minta maaf sayang. Mama tak akan cakap lagi hal ini dengan Zaqwan. Okay?" Puan Sri Zakiah menepuk bahu anak terunanya itu perlahan. Tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

Zaqwan tersenyum nipis dan memandang ke arah Puan Sri Zakiah. " Mama, I want to ask you something."

Puan Sri Zakiah yang sedang membacuh air itu menoleh ke arah anak lelakinya itu. " Ya, tanya lah."

" Kenapa mama beria sangat nak Zaqwan kahwin dengan Batrisya? Mama tahu kan, Zaqwan sikit pun tak suka dengan dia." Soal Zaqwan ingin tahu. Pelik sungguh. Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia yang besar ni, perempuan tu juga yang mamanya pilih.

Puan Sri Zakiah tersenyum kecil.

"Cinta boleh dipupuk, boboy. Zaqwan belajarlah cintakan dia. Mama tahu, dia akan jadi isteri yang baik untuk Zaqwan." Kata Puan Sri Zakiah dengan senyuman manis di bibirnya.

Zaqwan mengeluh kecil. " Zaqwan minta maaf, tapi Zaqwan bukan macam Mama yang boleh paksa hati untuk cintakan orang yang kita tak pernah cuba untuk sayang dia. I'm not that kind of person, Mama. Please." Rayu Zaqwan. Permintaan mamanya kali ni memang sukar dia mahu turuti.

Mamanya ingin dia mengambil kos lukisan? Ya, dia turuti. Menerima bapa tiri? Ya, dia turuti.

Sampai bila mahu ikut sahaja keputusan orang lain?

"Mama knows my son very well. Please. Jangan bantah cakap mama kali ini. Okay sayang?"

Zaqwan meraup mukanya. Ya Allah, nasib baik lah Mama.

Dia bergerak ke atas lalu masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup lalu dia merebahkan dirinya di atas katil. Bantal peluk di capai lalu dipeluk dengan erat.

Dia bangun semula dari perbaringan. Sketch book yang dia letakkan di dalam laci dia capai lalu di belek satu per satu.

Setiap helai, dia lukiskan gambar seorang perempuan yang tidak nampak wajahnya dengan jelas. Wajah ini sentiasa datang di dalam mimpinya. Tetapi, dia tidak tahu siapa.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now