8

15.7K 892 150
                                    

Akif dan Haira duduk di satu meja manakala Zaqwan dan Batrisya duduk di satu meja yang lain. Yela, member masing-masing nak dating, takkan lah duduk semeja pulak.

" Akif, lama betul saya tak jumpa awak. Awak tak rindu saya ke?" Haira bertanya sambil menayangkan senyum manisnya ke arah kekasih hatinya itu. Akif hanya tersenyum.

" Mesti lah saya rindu awak cinta. Lama betul saya tak tengok muka cantik awak ni. Saya minta maaf sebab selalu ignore awak. Saya harap awak faham kerja saya. Saya tengah struggle kumpul duit nak menghalalkan awak." Akif menayangkan mata sayunya ke arah Haira. Haira mengeluh kecil sebelum matanya menatap wajah Akif yang hitam manis itu. Walaupun hitam manis, tapi dia kacak. Sehinggakan ramai perempuan seksi di luar sana suka dekat dengan dirinya. Tapi dia percaya akan Akif, dia seorang yang sangat menjaga ikhtilat sesama jantina. Disebabkan itulah dia mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Akif walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.

" Haira okay je Akif, Haira faham. Jangan risau okay?" Haira membalas dengan senyuman. Dalam dua tiga saat, Haira rasa seperti diperhatikan sahaja.

Zaqwan tidak habis-habis memandang ke arah sini. Kalau mata mereka bertembung, cepat-cepat Zaqwan melarikan pandangan. Kenapa siut kau? Elele malu-malu pulak manja kali dia.

Batrisya yang bercakap dengan dia juga buat endah tidak endah sahaja, leka sangat bermain telefonnya. Aku lah jantan macam ni elok campak dalam lautan Amazon. Husnuzon, malu kot nak tunjuk sweet depan orang ramai. Stay private gitu.

" Akif, awak datang sini dengan Batrisya ke?" Haira bertanya. Bukan niat mahu mencurigai Akif, tetapi sedikit sebanyak rasa sangsi terbit dalam jiwa kecilnya itu.

Akif mengangguk. " Haah, saya datang dengan dia. Dia kata mahu jumpa Zaqwan. Alang-alang saya tumpangkan lah dia sekali. Awak tak marah kan?"

Haira senyum. Samalah dengan dirinya. Dia datang bersama-sama Zaqwan juga atas dasar mahu jumpa pasangan masing-masing di tempat yang sama.

" Ish tak marah lah. Apa lah Akif ni. Saya okay je. Lagipun Batrisya kan kawan kita jugak. Tak salah pun kan?"

Akif mengangguk sambil tersenyum. Bagus betul kekasih hati dia ni. Selalu positif.

" Eh awak, kenapa tiba-tiba awak labuhkan tudung awak?"

Haira bertaut kening dan memandang ke arah tudungnya yang telah dibetulkan di dalam kereta tadi. 

"Kenapa?" Haira kebingungan.

" Awak tak nampak cantiklah pakai labuh-labuh macam ni. Awak pakai je lah macam sebelum-sebelum ni. Boleh?"

Lagi sekali , Haira kebingungan. Otak dia asyik bengong je dalam 1 minit ini. Tutup aurat ada kaitan dengan cantik tak cantik ke? Gila ke boyfriend  dia ni?

" Saya-" Percakapan Haira terhenti tatkala dia berasa kerusi sebelahnya ditarik. Batrisya telah selamat melabuhkan punggungnya di sebelah nya manakala Zaqwan juga turut mengambil tempat duduk di sebelah Akif ketika ini.

" Hai korang! Dah-dah lah tu dating. Jom kita order makan sekali?" Pelawa Batrisya dengan senyum yang tidak lekang dari bibirnya.

Tanpa berbasa-basi, Haira menayangkan senyuman tanda setuju. Memang dia lapar pun dari tadi, perut dah macam buat konsert Wings yang kali ke 483 dah.

" Okay. Aku nak makan steak lah hari ni." Haira menelan air liurnya sambil membelek-belek buku menu dia hadapannya itu.

" Haira, aku dan Akif dah tulis order kita dalam ni. Kau pulak tulis kau nak makan apa."

Biasalah kedai western kebanyakkannya tulis order pun sendiri, hanya tulis kod makanan dan beri kertas order tersebut kepada pelayan setelah selesai semuanya.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now