Makan malam mereka di Yokohama disajikan dengan pelbagai aneka makanan yang menarik. Kalau boleh nak penuhkan satu pinggan, semua makanan nak dicuba.
Semua orang sibuk mengambil makanan masing-masing, kecuali Haira. Zaqwan mengarahkan dirinya bahawa duduk sahaja dimeja, dan biarkan sahaja dia ambilkan makanan.
"Haira? Tak makan ke?" Harraz bertanya sambil meletakkan pinggannya di atas meja. Macam-macam dia ambil, seperti manusia yang tak makan setahun.
Haira menggeleng dalam senyuman nipis. "Tak, saya rasa kenyang."
"Manja, aku ada ambilkan donut. Makanlah, nampak macam sedap." Zaqwan menghulurkan sepinggan donut yang pelbagai perisa kepada si isteri tetapi Haira menggeleng tanda tidak mahu.
Zaqwan bertaut kening. Selalunya tak pernahlah dia tolak makanan. Lagi-lagi donut.
"Tak nak, Haira rasa nak muntah lah tengok donut. Tak tahu kenapa." Haira mencebik. Dia hanya minum air masak daripada tadi. Makanan enak yang telah terhidang sikit pun dia tak sentuh.
"Okay, kau nak makan apa? Aku ambilkan." Daniel menyelit. Kasihan pula tengok perempuan ni, semua orang tengah sibuk menjamu selera tetapi gadis ini hanya melihat sahaja.
Haira menggeleng lagi. "Tak apa, saya tak ada selera. Awak makan lah."
Sophia pula menyelit. "Awak tak sihat ke Haira?"
"Saya rasa tak sedap badan. Mungkin duduk dalam jet tu lama sangat kot." Haira tersenyum segaris. Badannya terasa lemah, asyik nak baring je.
"Abang, dekatlah sikit. Haira nak peluk." Dia menghampiri tubuh Zaqwan yang sedang menjamah juadah yang telah terhidang. Zaqwan pun terasa lapar.
Daripada dalam jet dia tidak menjamah apa-apa makanan kerana gadis itu juga tidak makan. Makaroni Cheese tu pun dia bagi kepada Daniel dan Harraz yang habiskan.
Batrisya tergelak kecil. "Amboi, manja betul eh kau. Macam suami tu orang nak culik."
"Entahlah Batrisya, aku pun tak faham dengan diri aku. Kejap nak nangis, kejap nak marah. Lepastu aku tak nak makan. Sebelum ni kau tahu lah aku kan jenis makan banyak. Mungkin faktor hormon."
Batrisya tersenyum nipis dalam anggukkan.
Harraz menyelit. "Okay esok kita nak buat apa?"
"Esok pagi sampai tengah hari, kau orang semua pergi lah jalan-jalan dekat bandar. Aku dengan Haira nak jalan-jalan tempat lain." Zaqwan memberi cadangan.
Esok dia mahu 'dating' dengan si isteri, yang lain pergi lah jalan-jalan tempat lain, tak payah lah sibuk.
Semua mengangguk serentak.
"Apa kata petang esok kita tengok sunset ramai-ramai dekat pantai? Mesti cantik pemandangan sunset dekat Yokohama ni." Batrisya mencadangkan.
Sophia mengangguk. "Good Idea! But let's make it more fun. Sementara nak tunggu tu, kita boleh lah makan-makan sikit yang ringan-ringan."
"Nak masak apa je petang-petang? Malas aku." Harraz mengeluh kecil.
Sophia tergelak kecil "Tak perlu masak. Kita simple-simple je. You all tahu tak trend rainbow food challenge dekat Tiktok tu?"
Daniel bertaut kening. Dia mana tahu sangat trend-trend ni. Dasar duduk dalam gua. "Binatang apa tu?"
Sophia mengeluh kecil. Nasib baiklah kawan. "Challenge tu macam ni.
Setiap orang bawa makanan mengikut warna pelangi. Then, kita kumpulkan sekali. Simple je, tak susah pun."Haira juga mengangguk dalam senyuman teruja. "Eh menariknya!"
"Hm. Okay, esok jumpa dekat pantai." Zaqwan bersuara mengiyakan cadangan itu.
YOU ARE READING
ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]
Fiksi RemajaKepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati, agak susah untuk seseorang itu bangkit dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada orang lain mesk...