30

16.7K 890 138
                                    

Sudah 3 hari berlalu. Haira masih buntu. Setiap malam dia melakukan solat Istikarah untuk mencari jawapan.

Dia sangat buntu. Semua ni berlaku sekelip mata. Orang yang paling dia tak terduga telah berhasrat untuk menjadikan dia isteri.

Kepercayaan susah untuk diberikan kepada siapa-siapa lagi. Mampukah dia lahirkan kepercayaan terhadap diri Zaqwan pula?

Kotak cincin berwarna merah itu ditenung lama. "Zaqwan seriuslah nak jadikan aku isteri dia? Uish, gila lah. Tapi perempuan yang dia jumpa tu siapa?" Bebel Haira sedirian.

"Dia ni prank aku ke? Ish, penatlah fikir. Baik aku tidur." Haira membuka telekungnya lalu menghempaskan dirinya di atas katil empuk itu.

Telefonnya di capai. Sejak Tan Sri Mikael dan Puan Sri Zakiah datang ke rumah itu, Zaqwan tidak menghubunginya langsung. Mana lah tahu nak tanya khabar atau perkembangan kan?

Tak ada langsung. Sepi begitu sahaja.

Haira juga takut untuk memulakan perbicaraan. Macam mana kalau Zaqwan kena paksa kahwin dengan dia? Macam mana kalau perkahwinan ni Zaqwan sendiri tak mahu? Macam mana Zaqwan kahwin dengan dia atas dasar kesian?

Boleh jadi gila lah fikir pasal ni.

Ting!

Bunyi notifikasi menerpa ruangan telinga membuatkan Haira tersentak dari lamunan.

Zaqwan Anak Singa

"4 days to go, Haira. I need your answer."

Haira terdiam. Baru sebut, dah muncul.

"Tak nak bagi extra hari ke :("  Mesej dibalas ringkas oleh Haira.

Zaqwan Anak Singa

"No manja. I need you answer within 7 days."

Haira terdiam lagi. Aduh, tak lama dah ni. Lagi 4 hari.

"Yela. Saya tidur dulu. Assalamualaikum." Balas Haira ringkas.

Zaqwan Anak Singa

"Okay. Whatever your answer is, I just want to say this-"

"584520,Haira."

"I'm waiting. Waalaikumsalam."

Okay, secret code lagi. Aku dah lah tak faham nombor-nombor ni. Ingat aku akauntan ke apa.

Haira terdiam. Dia cakap apa tu raju?

Tak habis-habis bagi nombor entah apa-apa dia tu.

Disebabkan dia sangat mengantuk dan malas nak google, chat itu dibiarkan begitu sahaja.

______________________________________

4 hari berlalu begitu pantas. Haira sudah ada jawapannya sendiri. Jadi, hari ini dia bertekad untuk berjumpa dengan Zaqwan.

Telefon pintar dicapai lalu nama Zaqwan dicari.

"Assalamualaikum, saya nak jumpa awak malam ni boleh?" Mesej dihantar.

Zaqwan Anak Singa

"Okay. I'll come."

Haira mengelus nafas panjang. Dia sangat yakin dengan jawapannya.

Haira melangkah keluar dari biliknya.

 Kebetulan Opah Salmah juga baru keluar dari biliknya. Terserempak mereka di tengah laluan.

"Ha manja, awal bangun hari ni? Mimpi apa?" Perli Opah Salmah.

Haira cemberut. "Haira bangun awal salah, bangun lambat salah. Haira tak bangun terus baru tahu."

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now