45

15.3K 630 96
                                    

Zaqwan sedang tekun menghadap laptopnya membuat kerja pejabatnya. Walaupun dia pengurus galeri ini, tetapi dia juga tidak mahu membebankan pekerja dalam segala hal. Kalau ada kertas kerja yang boleh Zaqwan buat, dia akan tolong buat.

Zaqwan tidak ubah seperti arwah abahnya. Disebabkan itulah, dia disegani dan dihormati oleh setiap pekerja walaupun mereka tahu siapa Zaqwan Adyyan sebenarnya.

Tetapi Zaqwan tidak sesekali melayan mereka seperti majikan, malah melayan mereka seperti keluarga.

Sedang dia sibuk menaip kerjanya di papan kekunci laptopnya, secara tiba-tiba, pintu pejabatnya dibuka tanpa diketuk membuatkan secara spontan Zaqwan mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu itu.

Zaqwan terus mencari satu fail di laptopnya, sesuatu ditaip disitu.

Zaqwan tersenyum senget lalu menolak laptopnya ketepi dan pandangan diberi sepenuhnya kepada individu yang menerjah biliknya itu.

Someone dig her own grave.

Batrisya.

"Maaf Mr Zack, saya dah halang dia tapi-"

Zaqwan mengangguk. "Tak apa Jay, biar dia dekat sini. Kau pergi sambung kerja."

"Yes,girl?"  Kata Zaqwan dingin kepada Batrisya yang berdiri di hadapan mejanya itu sambil memintal-mintal rambut panjangnya dengan senyuman nakal.

Batrisya tersenyum senget lalu mengorak langkah perlahan-lahan merapati Zaqwan yang duduk di atas kerusi kerjanya.

"Hai Zaqwan. We meet again." Tali leher Zaqwan dielus lembut oleh tangan perempuan itu dan menarik lehernya sehingga wajah Zaqwan hampir dengan wajahnya.

Perlahan-lahan tali leher Zaqwan dibuka ikatannya, kemeja Zaqwan dibuka butangnya sehingga ke paras dada.

Tanpa dipelawa, Batrisya duduk di atas peha Zaqwan lalu merangkul tangannya ke leher lelaki itu dengan senyuman menggoda.

Zaqwan hanya mendiamkan diri dan memandang sahaja wajah Batrisya tanpa berkata. Senyum senget dikekalkan.

Batrisya berpakaian sangat menjolok mata, jelas ternampak lurah dadanya dan bajunya singkat hingga ke paras peha.

Tanpa diduga, Zaqwan merangkul pinggang gadis itu membuatkan Batrisya mengeras seketika. Seketika kemudian, dia tersenyum nakal semula. Tangannya bermain-main di dada Zaqwan yang terdedah itu.

"Are you miss me, baby?" Bisik Batrisya ke telinga lelaki itu.

Zaqwan mengangguk ringkas, dibelakangkan kerusinya sedikit untuk memberi ruang yang agak luas.

" Yes, I miss you damn much." Zaqwan berbisik perlahan ke telinga gadis itu pula.

Batrisya tersenyum lebar di bibirnya yang merah gelap itu. Wajah Zaqwan dipandang dan mendekatkan wajahnya hampir bertemu dengan wajah lelaki itu ketika ini. " If you miss me, how about we check in about one night?"

Zaqwan mengangguk ringkas. Senyum senget diberikan sebelum mereka berdua bangun dari duduk masing-masing.

"Sure, darling."

Zaqwan hanya membiarkan sahaja Batrisya menarik tangannya ke arah lif peribadi Zaqwan itu. Malah, dia hanya membuntuti langkah Batrisya dari belakang tanpa berkata apa-apa.

Secara tiba-tiba, tubuh Batrisya ditolak dengan kasar sehingga perempuan itu terjatuh ke atas sofa yang ada di sudut bilik itu.

Batrisya tergelak kecil. "Sabar sayang, jangan kasar sangat. Are we gonna do it here?"

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now