35

16.2K 688 115
                                    

Tanpa berlengah lagi, Zaqwan terus berlari ke arah Haira yang telah terbaring di atas jalan raya itu.

Hilang semua rasa melihat Haira dalam keadaan yang sebegini.

Semua pekerja secret recipe turut bergegas keluar untuk menyaksikan peristiwa itu.

Masing-masing terkejut.

Zaqwan sempat merenung ke arah tempat di mana seorang lelaki yang berdiri di sebalik tembok itu tadi.

Tiada.

Zaqwan mula mengetap rahangnya dengan kuat. Urat-urat lehernya mula menegang menahan sesuatu.

Dia memandang tubuh Haira yang kaku itu dengan perasaan yang berbaur.

Dia memejam matanya lama menahan rasa amarah yang kian meledak di dalam jiwanya ketika ini.

Perlahan-lahan matanya dibuka lalu wajah Haira dipandang.

"Haira..hey wake up." Panggil Zaqwan lembut sambil tubuh gadis itu diletakkan ke dalam pangkuannya.

Tudungnya sudah basah dengan darah yang pekat. Tubuhnya tidak bergerak lagi.

Jantung Zaqwan mula berdetak laju keresahan. Tubir matanya sudah mengumpulkan air mata yang bakal turun dengan sekali kelip sahaja.

Tubuh Haira digoncangkan perlahan. "Haira, jangan buat aku macam ni. Open your eyes please. Pandang aku. Aku cakap dengan kau ni."

Tiada respons.

Beberapa orang yang lalu itu juga mengerumun sekitar mereka dengan wajah yang terkejut.

Masing-masing berbisik sendiri dan mencari kereta siapa yang melanggar gadis itu.

Hilang, tidak dapat dikesan.

Zaqwan sudah hilang arah. Darah Haira sudah keluar dengan begitu banyak di atas jalan. Dia tidak mahu tunggu lagi, nyawa Haira dalam bahaya sekiranya dibiarkan begitu lama.

"Tolong panggil ambulans. Cepat!"

______________________________________

Puan Sri Zakiah, Tan Sri Mikael, Daniel dan Sophia sudah ada di wad kecemasan sekarang bersama-sama Zaqwan.

Zaqwan duduk di hujung wad seorang diri. Diam tidak berkutik. Hanya menundukkan kepalanya. Mukanya kelihatan bengis.

"Daniel, pergi tenangkan Zaqwan sebelum apa-apa jadi dekat sini." Cuit Puan Sri Zakiah kepada Daniel yang duduk disebelahnya itu.

Puan Sri Zakiah sudah mendapat mengesan kelakuan Zaqwan sekarang ini. Lebih baik ditenangkan cepat sebelum  ada orang lain yang masuk hospital.

Perlahan-lahan Daniel berjalan ke arah sepupunya itu.

"Bro." Daniel menegur sepupunya itu dengan wajah yang redup. Dia mula gelabah apabila terdapat beberapa plastik gula-gula getah yang sudah dibuka pembalutnya dibuang merata-rata di atas lantai hospital itu.

Zaqwan jelas sedang mengunyah gula-gula getah di dalam mulutnya dengan wajah yang sangat ketat. Rambutnya disebak beberapa kali.

Ini adalah petanda diri Zaqwan Adyyan yang dahulu akan kembali. Gula-gula getah tidak akan lekang daripadanya.

"Bro, calm down." Perlahan-lahan Daniel menyentuh bahu Zaqwan itu.

Zaqwan perlahan-lahan menoleh ke arah Daniel. Senyum senget diberikan.

"Aku dapat tahu siapa bangsat tu, memang dia mati. Dia dah sentuh orang yang aku sayang. Dia belum kenal aku siapa." Kata Zaqwan dengan nada yang penuh amaran. Penumbuk digenggam kuat dan tanpa amaran, dia menumbuk dinding hospital sehingga semua orang berpaling ke arah bunyi tumbukan itu.

ZAQWAN HAIRA : THE HIDDEN VENOM [C]Where stories live. Discover now